Pages

Labels

Saturday, October 13, 2012

Mizz Nina & Noh Hujan Telah Selamat Diijabkabulkan::



KUALA LUMPUR, 2 JULAI 2011: Hanya dengan sekali lafaz saja, Mizz Nina atau Shazrina Tan Sri Azaman Hashim secaras rasmi telah pun bergelar isteri kepada Noh Hujan atau Mohammaed Noh Salleh selepas mereka diijabkabulkan di kediaman keluarga Mizz Nina di Ukay Heights, Ampang Selangor, kira-kira jam 9.15 malam tadi.

Pasangan ini telah dinikahkan sendiri oleh bapa Mizz Nina, Tan Sri Azman Hashim, disaksikan oleh Tok kadi Ustaz Hj.Mohamed Khairi Bin Husin yang juga Imam Masjid Darul Ehsan,Tmn Tun Abdul Razak,Ampang.

Bertemakan hitam putih, majlis akad nikah yang dilangsungkan dengan penuh elegan ini telah dihadiri kira-kira 150 tetamu yang terdiri daripada kalangan ahli keluarga, saudara mara serta rakan terdekat kepada pasangan pengantin.

Pada majlis tersebut, Mizz Nina telah menerima 7 dulang hantaran yang mengandungi sirih junjung, mas kahwin, satu set barang kemas, sebuah ipad 2 beserta kek tradisional Sarawak termasuklah wang hantaran sebanyak RM11, 111.11.

Manakala, pihak lelaki pula menerima 7 dulang yang mengandungi sirih junjung, sepasang kasut, wallet, baju bersanding, cokelat, wedding band dan sebuah unit playbook. Kesemua barang hantaran ini telah digubah oleh Eddy daripada Favors.







No comments:

Post a Comment