Pages

Labels

Friday, July 5, 2013

Apabila Wings Jadi Penyelam Skuba


Siapa tak kenal kumpulan Wings, setakat lagu-lagu seperti Hukum Karma, Sejati dan juga Taman Rashidah Utama, kami pasti ia adalah antara lagu-lagu wajib jika anda pergi berkaraoke, kan? Dan kami percaya, kumpulan yang sudah bersama hampir 3 dekad ini mempunyai peminatnya yang tersendiri.
Tapi tahukah anda, mereka bukan sekadar membuat persembahan dengan lagu dan konsert mereka? Untuk pengetahuan, kesemua ahli kumpulan Wings iaitu Awie, Joe, Black dan Eddie masing-masing mempunyai lesen menyelam (diving) sendiri dan sudah mula berjinak-jinak dengan aktiviti menyelam dari tahun 2008 lagi.
Menurut Black, apa yang para peminat tidak tahu sebenarnya ialah didalam anggota kumpulan Wings, dia dan Joe sudah pun hampir mencapai tahap ketiga iaitu taraf penyelamat (rescue diver).
“Saya dah beratus kali dah menyelam dan saya sendiri dah ada 2 logbook yang penuh (merujuk pada rekod selaman). Bila dah penuh logbook, saya dah pakai ‘dive computer’.
“Saya pernah menyelam lebih dari 30 meter dan lesen saya membolehkan saya ke tahap yang lebih la.
“Insya Allah bulan enam ini saya nak ambil ‘advance’,” jelas Black lagi.
Menurut pemain dram Wings ini, antara lokasi menyelam yang paling disukainya ialah Redang dan juga Tioman.

“Bagi saya, antara air laut yang jernih ialah di Redang dan laut yang menarik pemandangannya ialah di Tioman.”


Dalam pada itu, Awie ketika ditemubual pula menjelaskan antara faktor utama dia mula menyelam kerana diajak oleh Hans Isaac dan juga Afdlin Shauki.


Dari kiri, Eddie, Awie, Joe dan Black sempat posing sebelum menyelam.
“Mula-mula Afdlin dan Hans yang ajak, kami nak buat filem masa tu. Lepas tu tiba-tiba dengar cerita, Wings pula yang ambil kursus dan terus kami ambil exam sama-sama di Tioman.”
Awie turut memberitahu bahawa mereka memang mempunyai rancangan untuk membuka satu pusat ‘diving’, namun masing-masing masih belum dapat memberikan komitmen penuh lagi.
“Bukan tak ada, cuma mungkin bukan sekarang kot sebab masih dalam kesibukan kerja lagi. Tengoklah, biasa yang betul-betul nak buat ni ialah Joe dan Black sebab diorang memang betul-betul serius dalam bidang ini. Mereka rajin turun ke dasar laut.
“Saya tak boleh sebab sibuk dengan shooting dan banyak masa saya di lokasi,” jelas vokalis Wings ini.
Pada 8 Mei yang lepas, Tourism Malaysia Johor telah menganjurkan program Cuti-cuti 1 Malaysia Celebrity Dive di Johor dimana para media bersama peminat dibawa bercuti dan menyelam di Pulau Tinggi, Mersing. Program yang dianjurkan khas ini bertujuan untuk membuka mata para penyelam skuba tentang keindahan dasar laut sekitar Pulau Tinggi.
Bagi yang berminat untuk menerokai keindahan laut di Pulau Tinggi, anda boleh kesana dengan pakej yang disediakan oleh syarikat penerbangan Firefly dan menetap di TAd Marine Resort.