Pages

Labels

Saturday, October 27, 2012

Private wedding party of Prince William



Wow!!!!The paparazzi are doing a good job!!!!









Sekitar persiapan perkahwinan Datuk Lee Chong Wei







Aaron Aziz with Family





Hero Malaya sekarang ini bukan lagi milik Shaheizy Sam ataupun Remy Ishak. Gelaran ini adalah milik Aaron Aziz. Kehebatan Aaron di dalam drama Nora Elena dan filem KL Gangster nampaknya terus melonjakkan namanya. Namun begitu, kepada yang tiba-tiba berniat nak mengorat Aaron Aziz, lupakan sahaja hasrat itu. Aaron kini sangat bahagia bersama isteri dan anak-anaknya.
Lagi beberap keping gambar keluarga bahagia Aaron Aziz dengan membaca entri ini sepenuhnya.


Kasut Tinggi Selebriti Hollywood Yang Menyiksakan

Kasut tinggi dan wanita merupakan dua perkara yang tidak dapat dipisahkan. Pemakaian kasut tinggi dikatakan mampu menyerlahkan lagi penampilan setiap wanita dan bisa membangkitkan lagi aura anggun dan seksi wanita sebenar. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya ramai wanita rela menyiksakan diri sendiri asalkan kelihatan cantik dan style sepanjang masa.
Berikut merupakan beberapa jenis kasut tinggi pilihan selebriti Hollywood yang menyiksakan :
Victoria Beckham





Victoria Beckham merupakan salah seorang selebriti yang gemar menggayakan kasut tinggi, sehingga beliau dilabelkan sebagai “Queen of High Heels”. Menurut sumber, beliau sering menggayakan kasut tinggi di acara keramaian sama ada formal mahupun kasual. Pereka kasut kegemaran Victoria Beckham adalah Christian Louboutin. Kasut tinggi yang digayakan oleh Victoria Beckham ini kelihatan sungguh elegan dan menarik. Kombinasi rona hitam dan merah ini menyerlahkan lagi penampilan beliau.
 Emma Roberts



Pelakon, model dan penyanyi Emma Robert merupakan peminat baru untuk kasut tinggi bersifat ekstrem. Kasut daripada rona hijau, kuning dan pink ini kelihatan sungguh unik dan menarik. Walaupun kasut tinggi ini menyiksakan si pemakai, tetapi kombinasi ronanya yang ideal mampu memikat hati setiap wanita.
Kim Kardashian




Seperti Victoria Beckham, Kim Kardashian juga merupakan salah seorang peminat kasut rekaan Christian Louboutin. Kim dikatakan gemar menggayakan kasut tinggi berupa ekstream sehingga mencecah ketinggian 5 inci untuk setiap kasut pilihannya. Walaupun kasut ini menyiksakan kaki, demi kecantikan dan gaya yang hebat beliau sanggup menahannya.
Jennifer Lopez




Jennifer Lopez atau lebih mesra dipanggil J.LO telah bertahun-tahun menggayakan kasut tinggi berupa ekstream. Kasut tinggi yang beliau gayakan ini kelihatan sungguh unik dan menarik. Walaupun kasut ini kelihatan amat menyiksakan, tetapi ia mampu menyerlahkan keanggunan si pemakai dengan padanan tali halus di sekeliling pergelangan kaki.
Colleen Rooney




Isteri kepada pemain bola sepak Wayne Rooney, iaitu Colleen Rooney merupakan salah seorang yang menggemarkan kasut tinggi bersifat ekstream. Kasut tinggi yang digayakan oleh Colleen ini kelihatan sungguh unik dan menarik dengan padanan corak daripada motif kulit ular sawa. Tumitnya yang runcing dan tinggi bisa menyerlahkan lagi gaya seksi si pemakai

Editor Majalah Porno Menyesal Tak Sudah.



Martin Daubney, seorang editor majalah semi-porno terkenal di Britain, Loaded, meluahkan rasa kesalnya kerana bertanggungjawab terhadap isi kandungan yang berbentuk lucah sehingga mencemar minda sebuah generasi di negara itu.
Daubney yang merupakan editor paling lama berkhidmat di majalah tersebut memulakan kariernya sejak tahun 2002 sehingga meletakkan jawatan lapan tahun kemudiannya – 2010.
Ketika di awal kariernya sebagai editor majalah tersebut, dia menceritakan bagaimana tindakannya yang berjaya melariskan penjualan majalah itu sehingga mencecah 500,000 nashkah dalam tempoh sebulan.
“Kenapa kita tidak menyiarkan 100 pasang buah dada, di dalam enam muka surat?
“Jadi kami jadikan edisi istimewa majalah itu bertemakan “Kami suka buah dada”, dan kami berjaya mempamerkan sebanyak 200 puting buah dada,” katanya yang dipetik dari laman web dailymail.co.uk, semalam.
Dengan strategi berkenaan, Daubney telah mencetus satu fenomena baru bagi industri majalah di negara itu dan menyebabkannya menjadi editor kesayangan penerbit majalah berkenaan.
Perasaan bersalah Daubney mula dirasai pada Mei 2009 apabila dia mula bergelar seorang bapa dan rasa tersinggung dengan jenaka rakan-rakan yang mencadangkannya untuk menyiarkan edisi puting buah dada ibu-ibu yang menyusukan bayi.
“Saya mula melihat wanita-wanita di dalam majalah itu bukan sebagai objek seks, tapi sebagai anak perempuan kepada seseorang.
“Beberapa wanita yang menayangkan buah dada di majalah itu memiliki anak di rumah dan saya terbayang sekiranya anak-anak itu apabila tahu terfikir tentang ibu-ibu mereka yang menggunakan buah dada untuk menyara kehidupan,” katanya lagi.
Atas kesedaran moral yang dirasainya, Daubney kemudian meletakkan jawatan sebagai editor majalah tersebut dan mengakui bahawa dirinya adalah antara yang menyumbang kepada gejala pornografi yang semakin meluas di majalah serta ruang internet.
Bagaimanapun, kekesalannya itu dia tetap berharap agar satu tindakan yang sesuai akan diusahakan bagi menyekat gejala pornografi tersebut sebelum ia parah dan mengundang masalah sosial yang lebih teruk pada masa akan datang. – Mynewshub.my

Saturday, October 20, 2012

Sekitar majlis pernikahan Lan A to Z dan Siti Nur Ain


Pasangan Norazlan Abdul Aziz dan Siti Nur Ain telah selamat disatukan di Masjid Kuala Kubu Bharu, Selangor pada 11 November 2011 pada pukul 11 pagi semalam. Norazlan Abdul Aziz, 42, atau lebih dikenali sebagai Lan A To Z yang menduda selama lebih empat tahun, selamat bernikah dengan gadis pilihannya, Siti Nur Ain Daud, 24, di sini hari ini. Pasangan tersebut dinikahkan oleh Pendaftar Nikah Daerah Hulu Selangor, Zulkhairi Jaid di Masjid Ar-Rahimah, Kuala Kubu Bharu, dekat sini pada pukul 11.20 pagi. Lagi gambar after the jump.






Diana Danielle Dan Farid Kamil Bertunang




Selepas tiga tahun menyulam benang cinta dan melalui suka duka pasangan berkasih, akhirnya pelakon filem Hantu Gangster, Diana Danielle dan Farid Kamil selamat mengikat tali pertunangan di kediaman aktres itu di Damansara, Petaling Jaya, kelmarin.

Pada majlis yang berlangsung sekitar jam S petang itu, Diana menerima sebentuk cincin yang disarungkan ibu Farid sebagai tanda dia sudah diikat jejaka tinggi lampai itu.

Diana yang cukup anggun mengenakan baju kurung corak songket pancawarna dengan tatarias jurusolek Chot menerima tiga dulang hantaran daripada pihak lelaki berbalas lime dulang. Antara barangan yang diberi termasuk senaskhah al-Quran, pakaian dan kasut.

Mengulas perjalanan majlis pertunangan anak tunggalnya itu, ibu Diana, Norsiah Ramli atau lebih akrab disapa Mama Norsiah berkata, dia bersyukur kerana majlis yang dirancang sejak sebulan lalu berlangsung sempurna.

“Alhamdulillah, segala-galanya berjalan lancar. Sebagai ibu tiada apa yang lebih menggembirakan selain melihat Diana bahagia.

“Mama harap pertunangan ini akan kekal sehingga ke jenjang pelamin dan Farid dapat menjaga Diana dengan baik,” kata Norsiah kepada HIP.

Ternyata pelakon berdarah kacukan Melayu-Inggeris ini bijak menyimpan rahsia majlis pertunangan hingga tiada siapa menghidunya. Mengulas perkara itu, Norsiah berkata, keputusan itu dibuat atas kehendak anak dan bakal menantunya.

“Bukan niat untuk merahsiakannya daripada sesiapa. Cuma itu kehendak Diana dan Farid yang mahu majlis dihadiri keluarga dan saudara mara terdekat. Tiada rakan artis yang diundang. Lagipun ini hanyalah majlis pertunangan saja. Jadi kami buat seringkas yang boleh,” ujarnya.

Ditanya berapa lama pertunangan diikat, Norsiah berkata, tiada tarikh ditetapkan tetapi paling lama mungkin setahun.

Bagaimanapun, sehingga malam tadi, Diana dan Farid gagal dihubungi untuk mengulas pertunangan mereka.

Sebelum ini, Diana dan Farid dikatakan putus cinta. Namun jodoh mereka ternyata kuat apabila ikatan terlerai, disambung kembali.

Berita pertunangan pasangan ini sekali gus mengesahkan desas-desus kononnya Diana dan Farid akan bertunang dalam masa terdekat. Ini berikutan cerita Farid yang juga pengarah filem V3 dan Kongsi menghadiahkan sebentuk cincin kepada buat hatinya itu, tersebar.

Bagaimanapun, ketika itu, mereka menafikan perkara berkenaan. – Berita Harian Online

Saturday, October 13, 2012

Kad Khawin Nabil & Zira...

Kad Kahwin Nabil & Zira
Eksklusif Foto : Kad Kahwin Nabil & Zira Tampil Konsep Buku Cerita Dongeng.








Nota : OHBULAN! merupakan media online rasmi yang melaporkan perkembangan perkahwinan Nabil & Zira dengan kerjasama Festival Pengantin.
Kad Lestari bersyukur apabila dipilih oleh pasangan Nabil & Zira sebagai pereka kreatif untuk kad kahwin yang unik ini. Apa yang unik? Kami tekankan konsep buku cerita, berkisah dongeng bagi menepati tema Wonderland sempena majlis resepsi mereka yang diadakan pada 2 Oktober nanti,” kata Jamil Ismail, pengurus Kad Lestari.
“Atas kepercayaan yang diberikan oleh Nabil & pihak Festival Pengantin, pasukan kami dengan bantuan artis karikatur, Joey berjaya menyiapkan cetakan kad termasuk perahan idea dalam masa 3 hari sahaja. Konsep buku dongeng turut dititikberatkan, contohnya muka depan memaparkan ‘edisi resepsi’ sebagai tajuk, muka belakang memaparkan doa sebagai penganti sinopsis. Selain itu, cop ISBN dan pencetak menonjolkan lagi identiti sebuah buku.”
“Kualiti cetakan amat dijaga. Setiap cetakan di-laminate dan dilekatkan pada cip keras,” jelas Jamil lagi.




maiza( bekas isteri ustz akhil hai) & suami

Cantik pulak si maiza ni…..nmpak mcm sepadan plak….






Malik Noor Kawin


Malek Noor…wedding…..muke wife dia ada iras sorg ustazah yg slalu kuor kt forum perdana lah


korang ingt lisa surihani sorg jek kerr..yg manja…bini malek noor pun manja aarr
                                                             hehehehehehehehe