Pages

Labels

Showing posts with label NEELOFA. Show all posts
Showing posts with label NEELOFA. Show all posts

Saturday, November 24, 2012

Neelofa Di Sidang Akhbar Majlis Perkahwinan Mutiara Rafflesia Dari REDPhotography


Nama Neelofa melonjak naik tahun ini setelah memenangi gelaran Dewi Remaja tahun lepas. Ini boleh kita lihat melalui tawaran demi tawaran berlakon yang diterimanya dan setakat ini ada 4 buah filem lakonan Neelofa sedang menanti tayangan di pawagam. Dia juga telah menunjukkan bakat lakonan melalui beberapa drama yang ditayangkan di stesen televisyen tempatan, di samping terpilih menjadi pengacara rancangan Nona di TV3, Neelofa turut akan menulis di ruangan pojok Utusan Malaysia.


Yang terbaru, Neelofa telah hadir ke sidang akhbar Rafflesia’s Ezlynn and Adam Fahmy’s Pearl Wedding di Hotel Crowne Plaza sebentar tadi. Ia juga turut dihadiri oleh jurugambar rasmi majlis pertunangan dan perkahwinan Ezlynn sebelum ini iaitu REDPhotography yang telah mengongsikan gambar-gambar Neelofa ini, jadi kredit pada fanpage beliau. Rupanya Neelofa hadir kerana dia mereka kasut bertatahkan mutiara untuk Ezlynn di majlis perkahwinan itu nanti. Hebat tu, tambah lagi dalam portfolio yang Neelofa kini pereka kasut seperti Datuk Jimmy Choo (terima kasih
Apa pun, dah orangnya cantik, jadi petua-petua ringkas pun boleh menambah lagi kecantikannya. Lagi 3 keping gambar Neelofa dengan membaca gosip ini sepenuhnya.



GAMBAR NEELOFA BERSAMA NUR AMALINA CHE BAKRI



Tahun lalu kita dikejutkan dengan berita tentang pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2005, Nur Amalina Che Bakri yang telah berubah penampilannya. Amalina yang sekarang dalam pengajian perubatan di Universiti Edinburgh itu kini sedang menamatkan pengajian tahun akhirnya.


Berita terbaru, Nur Amalina akan muncul tidak lama lagi di dalam rancangan Nona TV3. Sekarang ini pengacara Nona Neelofa, berada di University of Edinburgh, Scotland untuk temubual eksklusif Nona bersama Nur Amalina Che Bakri. Gambar ini dikongsikan oleh Neelofa sendiri di facebooknya iaitu Neelofa Mohd Noor.