Pages

Labels

Saturday, October 26, 2013

KATE MIDDLETON TERTEKAN SEJAK BERSALIN


SEJAK melahirkan anak sulung, Kate Middleton dilihat sering dikelilingi kebahagiaan. Namun khabar angin pula muncul mengatakan isteri Putera William itu mengalami tekanan perasaan yang sangat berat.
Menurut laporan portal ShowbizSpy, Kate mengalami masalah kemurungan selepas melahirkan George Alexander Louis dan hal tersebut membuatkan dia kerap berasa cemas, sedih serta rasa tidak selesa.
"Kate berasa tidak tenang sejak melahirkan George dan kerana itu suami dan keluarganya selalu ada di sampingnya," kata sumber.
Gara-gara keadaan Kate, kerajaan England terpaksa menunda beberapa agenda yang telah dirancang selama setahun namun tidak akan menunda membawa George mengelilingi dunia sebagai tanda pengenalan diri.
George dilahirkan pada 22 Julai lalu dan bayi berkenaan menduduki tempat ketiga sebagai pewaris takhta kerajaan Inggeris berkenaan.

Wednesday, October 23, 2013

Peminat Pertikai Cara Fasha Sandha Dukung Bayi


Jika sebelum ini cara pelakon terkenal, Fasha Sandha memandikan bayi serta berpantang dipertikaikan oleh peminat, terbaru aktres ini sekali lagi dikritik gara-gara mendukung putera sulungnya, Rayfal secara mengiring di bahagian sisi dan hanya menggunakan sebelah tangan sahaja.

Menerusi sekeping foto yang dikongsikan oleh Fasha beberapa hari lalu, terdapat segelintir peminat telah mempertikaikan cara pelakon wanita tersebut mendukung bayinya, sehingga isu tersebut menimbulkan perbalahan antara pengikut-pengikutnya di laman Instagram.


Cara Fasha mendukung bayinya, Rayfal
Setiap individu mempunyai cara serta pendapat mereka sendiri dalam soal mendidik anak-anak dan mungkin disebabkan itu, tidak semua peminat bersetuju dengan cara pelakon wanita tersebut mendukung bayi comelnya.
Jika dilihat daripada respon peminat, ada segelintirnya merasakan cara Fasha itu tidak salah dan ianya dilihat sebagai satu perkara normal bagi seorang ibu mendukung anak tersayang.