Pages

Labels

Saturday, November 9, 2013

PENGAWAL RATU ELIZABETH TIDAK PAKAI SELUAR DALAM





Pengawal peribadi ratu Elizabeth jarang memakai seluar dalam. Belum ada informasi secara pasti tentang etika berpakaian para pengawal-pengawal tersebut, namun dari beberapa gambar yang sering kali terlihat dalam berbagai macam laman di internet. 

Saturday, October 26, 2013

KATE MIDDLETON TERTEKAN SEJAK BERSALIN


SEJAK melahirkan anak sulung, Kate Middleton dilihat sering dikelilingi kebahagiaan. Namun khabar angin pula muncul mengatakan isteri Putera William itu mengalami tekanan perasaan yang sangat berat.
Menurut laporan portal ShowbizSpy, Kate mengalami masalah kemurungan selepas melahirkan George Alexander Louis dan hal tersebut membuatkan dia kerap berasa cemas, sedih serta rasa tidak selesa.
"Kate berasa tidak tenang sejak melahirkan George dan kerana itu suami dan keluarganya selalu ada di sampingnya," kata sumber.
Gara-gara keadaan Kate, kerajaan England terpaksa menunda beberapa agenda yang telah dirancang selama setahun namun tidak akan menunda membawa George mengelilingi dunia sebagai tanda pengenalan diri.
George dilahirkan pada 22 Julai lalu dan bayi berkenaan menduduki tempat ketiga sebagai pewaris takhta kerajaan Inggeris berkenaan.

Wednesday, October 23, 2013

Peminat Pertikai Cara Fasha Sandha Dukung Bayi


Jika sebelum ini cara pelakon terkenal, Fasha Sandha memandikan bayi serta berpantang dipertikaikan oleh peminat, terbaru aktres ini sekali lagi dikritik gara-gara mendukung putera sulungnya, Rayfal secara mengiring di bahagian sisi dan hanya menggunakan sebelah tangan sahaja.

Menerusi sekeping foto yang dikongsikan oleh Fasha beberapa hari lalu, terdapat segelintir peminat telah mempertikaikan cara pelakon wanita tersebut mendukung bayinya, sehingga isu tersebut menimbulkan perbalahan antara pengikut-pengikutnya di laman Instagram.


Cara Fasha mendukung bayinya, Rayfal
Setiap individu mempunyai cara serta pendapat mereka sendiri dalam soal mendidik anak-anak dan mungkin disebabkan itu, tidak semua peminat bersetuju dengan cara pelakon wanita tersebut mendukung bayi comelnya.
Jika dilihat daripada respon peminat, ada segelintirnya merasakan cara Fasha itu tidak salah dan ianya dilihat sebagai satu perkara normal bagi seorang ibu mendukung anak tersayang.

Friday, August 16, 2013

Motif N Pathmanabhan bunuh Datuk Sosilawati



SHAH ALAM – Hakim Datuk Akhtar Tahir memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa bekas peguam, N Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya mempunyai motif untuk membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya kerana tersepit isu penjualan tanah di Pulau Pinang.
Akhtar berkata, isu penjualan tanah itu melibatkan Sosilawati dan bekas Adun Sementa, Datuk Abd Rahman Palil.
Bagaimanapun, tindakan Pathma mewakili kedua-dua mereka adalah tidak beretika sehingga dia juga enggan membuat perjumpaan antara keduanya.
“Motif itu diperoleh setelah mempertimbangkan keterangan Pathma yang mempunyai sebab lain yang lebih kukuh dan bukan disebabkan isu cek semata-mata.
“Akibat tertekan dengan Sosilawati dan Abd Rahman, Pathma mengambil jalan mudah dengan menghabiskan salah seorang daripada mereka dan ini berlaku kepada Sosilawati.
“Sementara tiga lagi rakan Sosilawati yang mengikuti jutawan tersebut ke Banting pada hari kejadian turut dibunuh,” katanya.
Akhtar berkata demikian dalam alasan penghakimannya selepas menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas Pathmanabhan, T Thilaiyalagan; R Matan dan R Khatavarayan selepas didapati bersalah membunuh Sosilawati dan tiga rakannya.
Dalam prosiding terdahulu, Akhtar berkata, keputusan itu dibuat selepas mahkamah berpuas hati dengan semua bukti dan bahan bukti yang dikemukakan di mahkamah sepanjang perbicaraan yang bermula pada 4 Julai 2011.
Katanya, pembelaan di peringkat ini telah gagal menyangkal kes pendakwaan kerana bukti dan keterangan sudah cukup mensabitkan semua tertuduh bersalah membunuh semua mangsa dengan satu niat.
Menurutnya, walaupun tiada mayat ditemui, mahkamah menerima pakai bukti yang dikemukakan oleh pendakwaan, iaitu kesan darah dan barang peribadi yang ditemui di kawasan Ladang Gadong, Banting.
“Justeru, mahkamah berpendapat penemuan kesemua barang bukti tersebut menunjukkan kehadiran mereka di ladang pada hari kejadian,” katanya.
Beliau berkata, mahkamah menerima pakai keterangan anak kepada Sosilawati, Erni Dekritawati Buhari, yang mengesahkan bahawa ibunya akan berjumpa dengan Pathma di Banting, untuk menyelesaikan dua keping cek.
“Mahkamah beranggapan tiada sebab untuk saksi ini menipu. Begitu juga dengan isteri mangsa yang mengikut Sosilawati sebagai penasihat.
“Selain itu rekod panggilan telefon yang dikemukakan oleh saksi telekomunikasi menunjukkan Sosilawati dan rakannya berada di Banting,” katanya.
Akhtar berkata, bagaimanapun, kesemua keterangan ini tidak boleh dicabar oleh pembelaan.
Dalam pada itu, Akhtar berkata kehadiran semua mangsa di Ladang Gadong turut disahkan oleh pembantu rumah warga Indonesia, Siti Hamidah Karnax.
“Keterangan saksi itu ada melihat seorang perempuan dan tiga lelaki Melayu pada petang 30 Ogos 2010 serta mendengar jeritan selain melihat api besar di kawasan ladang.
“Mahkamah lebih percayakan kredibiliti saksi ini dan dia memberi keterangan yang benar,” katanya.
Akhtar berkata, beliau percaya dengan keterangan tertuduh keempat, Khatvarayan, yang mengesahkan Sosilawati dan tiga rakannya datang ke ladang pada 30 Ogos 2010.
Bagaimanapun, jika merujuk kepada keterangan Khatavarayan, Akhtar berkata, beliau menganggap tertuduh itu jelas sekali rakan subahat, namun berpaling tadah kerana mungkin berselisih faham dengan tertuduh pertama.
“Mahkamah berpendapat kebanyakan keterangan Khatavarayan hanya direka secara berhati-hati untuk menunjukkan dia tidak bersalah.
“Versi keterangan Khatavarayan adalah untuk selamatkan dirinya, meskipun banyak percanggahan keterangan dengan tiga lagi tertuduh lain,” katanya.
Katanya, pembelaan gagal menjelaskan berhubung barangan peribadi mangsa selain tiada penjelasan mengenai penemuan darah dan tulang manusia di ladang terbabit.
“Pembelaan juga mencabar bukti DNA, namun tiada sebab untuk tolak bukti saksi pakar yang diterima sebelum ini kerana pembelaan gagal berbuat demikian.
“Malah penemuan darah dan sisa tulang manusia di ladang menimbulkan kemungkinan kejadian yang berlaku kepada kesemua mangsa yang dibakar sehingga mati,” katanya.

Friday, July 5, 2013

Apabila Wings Jadi Penyelam Skuba


Siapa tak kenal kumpulan Wings, setakat lagu-lagu seperti Hukum Karma, Sejati dan juga Taman Rashidah Utama, kami pasti ia adalah antara lagu-lagu wajib jika anda pergi berkaraoke, kan? Dan kami percaya, kumpulan yang sudah bersama hampir 3 dekad ini mempunyai peminatnya yang tersendiri.
Tapi tahukah anda, mereka bukan sekadar membuat persembahan dengan lagu dan konsert mereka? Untuk pengetahuan, kesemua ahli kumpulan Wings iaitu Awie, Joe, Black dan Eddie masing-masing mempunyai lesen menyelam (diving) sendiri dan sudah mula berjinak-jinak dengan aktiviti menyelam dari tahun 2008 lagi.
Menurut Black, apa yang para peminat tidak tahu sebenarnya ialah didalam anggota kumpulan Wings, dia dan Joe sudah pun hampir mencapai tahap ketiga iaitu taraf penyelamat (rescue diver).
“Saya dah beratus kali dah menyelam dan saya sendiri dah ada 2 logbook yang penuh (merujuk pada rekod selaman). Bila dah penuh logbook, saya dah pakai ‘dive computer’.
“Saya pernah menyelam lebih dari 30 meter dan lesen saya membolehkan saya ke tahap yang lebih la.
“Insya Allah bulan enam ini saya nak ambil ‘advance’,” jelas Black lagi.
Menurut pemain dram Wings ini, antara lokasi menyelam yang paling disukainya ialah Redang dan juga Tioman.

“Bagi saya, antara air laut yang jernih ialah di Redang dan laut yang menarik pemandangannya ialah di Tioman.”


Dalam pada itu, Awie ketika ditemubual pula menjelaskan antara faktor utama dia mula menyelam kerana diajak oleh Hans Isaac dan juga Afdlin Shauki.


Dari kiri, Eddie, Awie, Joe dan Black sempat posing sebelum menyelam.
“Mula-mula Afdlin dan Hans yang ajak, kami nak buat filem masa tu. Lepas tu tiba-tiba dengar cerita, Wings pula yang ambil kursus dan terus kami ambil exam sama-sama di Tioman.”
Awie turut memberitahu bahawa mereka memang mempunyai rancangan untuk membuka satu pusat ‘diving’, namun masing-masing masih belum dapat memberikan komitmen penuh lagi.
“Bukan tak ada, cuma mungkin bukan sekarang kot sebab masih dalam kesibukan kerja lagi. Tengoklah, biasa yang betul-betul nak buat ni ialah Joe dan Black sebab diorang memang betul-betul serius dalam bidang ini. Mereka rajin turun ke dasar laut.
“Saya tak boleh sebab sibuk dengan shooting dan banyak masa saya di lokasi,” jelas vokalis Wings ini.
Pada 8 Mei yang lepas, Tourism Malaysia Johor telah menganjurkan program Cuti-cuti 1 Malaysia Celebrity Dive di Johor dimana para media bersama peminat dibawa bercuti dan menyelam di Pulau Tinggi, Mersing. Program yang dianjurkan khas ini bertujuan untuk membuka mata para penyelam skuba tentang keindahan dasar laut sekitar Pulau Tinggi.
Bagi yang berminat untuk menerokai keindahan laut di Pulau Tinggi, anda boleh kesana dengan pakej yang disediakan oleh syarikat penerbangan Firefly dan menetap di TAd Marine Resort.

Saturday, June 8, 2013

Majlis Persandingan Ella Dan Azhar


Wow. Awesome sungguh gambar-gambar majlis persandingan Ella dan Azhar yang telah dirakamkan oleh Mukhriz Latif & Udey Ismail Photography ini. Tak berkelip mata Abang Nara melihatnya. Memang cantik sangat-sangat.


Daripada apa yang dibaca, khabarnya Amy Search telah membuat persembahan khas dengan menyanyikan lagu “Rozana” yang ditukar kepada “Norzila” ketika majlis persembahan ini berlangsung. Confirm semua tetamu teruja dengan persembahan tersebut. Raja Rock Malaysia menyanyikan lagu di hari perkahwinan Ratu Rock Malaysia. Awesome!!!


Lagi 12 keping gambar majlis persandingan Ella dan Azhar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Sila LIKE Facebook Mukhriz Latif & Udey Ismail Photography sebagai tanda terima kasih atas kesudian mereka berkongsi gambar-gambar ini.





Friday, June 7, 2013

Di Sekitar Resepsi Perkahwinan Betty Benafe & Bruce Darghous










Sudah kami katakan yang 12 Disember 2012 menjadi pilihan ramai untuk meraikan detik istimewa dalam kehidupan mereka. Betty Benafe & suami Bruce Darghous tidak ketinggalan.
Pada Ahad yang lalu, Betty Benafe sah bergelar isteri kepada perunding teknologi Bruce Darghous dalam sebuah majlis yang berlangsung di kediaman keluarga pengantin perempuan.
Malam tadi telah pun berlangsung majlis resepsi yang begitu meriah di Danga Bay, Johor Bahru menyaksikan pasangan ini tiba penuh bergaya di’atas sebuah kapal pelayaran mewah.
Berikut merupakan gambar sekitar resepsi perkahwinan Betty Benafe & Bruce Darghous yang sempat lensa kami rakamkan untuk tatapan anda semua. Enjoice!

Saturday, May 18, 2013

Perlu ker minat dier?


Kepada mana mana yang giler sangat dekat Justin Bieber  tengok neh dia penyokong negara haram Israel. 
  
Harap tiada lagi umat Islam terutama adek adek remaja kita yang tergiler giler dan  meminati Justin Bieber ..
  
Soheh dia ini penyokong kepada Yahudi Laknatullah yang saban hari menindas dan membunuh umat islam khyususnya di Palestine. 
  
Tak rugi kalau tak puja Bieber kan kan...
  
Boikot boikot boikot JUSTIn BIEBER... 

Friday, May 10, 2013

Tahniah! Irma Hasmie Selamat Lahirkan Cahaya Mata Pertama

Tahniah! diucapkan buat pasangan Irma Hasmie dan suaminya, Redza Syah Azmeer yang telah selamat menimang cahaya mata pertama mereka sekitar jam 8.51 pagi tadi.
Berita gembira tersebut telah dikongsikan oleh suami Irma sendiri menerumi laman Twitternya beberapa minit yang lalu.




Dalam pada itu, beberapa jam sebelum menerima kelahiran pertama mereka, Redza telah sempat mengucapkan kata-kata semangat dan dorongan buat isterinya yang tercinta menerusi laman Twitter.





Saturday, March 30, 2013

Nissan Skyline GTR R35 Milik Aaron Aziz



Bila dah jadi artis popular ni, rezeki memang melimpah ruah. Seperti yang dah di post sebelum ni, Zizan Raja Lawak baru sahaja membeli Evo 10. Sekarang ni kita tengok pulak Nissan Skyline GTR R35 milik Aaron aziz pulak..





Saturday, March 23, 2013

Nelydia Senrose



Minah ni ada kakak kembar si Uqasha Senrose..
Ada tak gambar dorang berdua sekali..?
Sbb kalo tak salah si Nelly ni gemok sket dari kakak dia si pramugari Air Asia tu..
Pehtu, ada citer kata… citer drama terfofular tu… asalnya si kakak yang lakonkan sbelum ganti dgn si adik..
Sbb tu ada versi chubby dgn slim…. Wallahua’lam J




Nelydia Senrose, Kini Popular Dengan Drama Setia Hujung Nyawa

Agak unik nama pelakon baru yang sedang meningkat naik ini. Nelydia Senrose kini semakin popular menerusi watak Ersalina di dalam drama Setia Hujung Nyawa. Dilahirkan pada tahun 1994, Nelydia Senrose merupakan gadis kacukan Kelantan dan Siam.
Selain memiliki wajah yang comel dan mata yang bulat, mutu lakonan yang ditunjukkan oleh Nelydia Senrose juga boleh dibanggakan. Senang cerita, Nelydia ada pakej yang tersendiri. Bukan sekadar terjun ke bidang lakonan kerana mempunyai wajah yang boleh dijual.





Semoga bintang Nelydia Senrose akan lebih bersinar pada tahun 2013. Kekalkan prestasi dan jangan popular kerana kontroversi. Lagi 13 keping gambar si comel Nelydia Senrose dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit Instagram Nelydia Senrose.






Friday, March 22, 2013

RAKYAT PALESTIN TIDAK MINTA SEDEKAH WALAUPUN DERITA


 Afdlin bersama Zain dan bront bagi membantu mangsa-mangsa perang palestin. Foto: Facebook Afdlin
PETALING JAYA: Pengarah dan pelakon filem Afdlin Shauki berkongsi rasa kagum melihat masyarakat Palestin memiliki jiwa yang kental dalam mengharungi saat-saat getir gara-gara diserang oleh rejim Zionis.
Afdlin yang menyertai delegasi Aqsa Syarif ke negara itu sejak Isnin berkata, dia tidak menyangka rakyat Palestin terutamanya kanak-kanak masih lagi boleh tersenyum dalam keadaan getir malah mereka tidak pernah meminta sedekah meskipun kehidupan di negara itu begitu daif.
“Belum pernah lagi saya berjumpa dengan masyarakat kental seperti rakyat Palestin. Mereka peramah dan sentiasa tersenyum. Malah sering melambai-lambai tangan apabila melihat kenderaan kami.
“Mereka juga bukan orang yang meminta sedekah. Kanak-kanak tidak pun meminta-minta. Ada di antara kami yang telah memberikan sesuatu tetapi mereka menolak.
“Apabila kami menerangkan ia sebuah hadiah, barulah barang yang diberi itu diambil,” katanya menerusi akaun laman Facebook miliknya.



Afdlin ingin memastikan kehadiran Aqsa Syarif memberikan kenangan indah buat rakyat Palestin terutamanya golongan kanak-kanak.
Afdlin yang merupakan duta Aqsa Syarif bertanggungjawab memberi bantuan kemanusiaan kepada golongan berkenaan. Beliau dan juga delegasi termasuk artis Zain Saidin, Bront Palarae serta enam orang kru produksi Vision Works telah berangkat ke nagara itu sejak Isnin lalu selama seminggu.
Tambah Afdlin, dia juga terharu apabila masyarakat Palestin cukup gembira apabila beberapa kumpulan delegasi Malaysia datang untuk membantu mereka.
Menurutnya antara bantuan yang diberikan ialah menyediakan hidangan makanan panas serta mengagih-agihkan barangan keperluan musim sejuk untuk dihantar kepada keluarga yang kehilangan rumah.
Sementara itu, menceritakan pengalaman pertama kali ke wilayah Gaza itu, delegasi tersebut terpaksa melalui saat mencemaskan apabila kenderaan mereka menjadi sasaran pesawat pejuang Israel melepaskan peluru berpandu F-16.
“Alhamdulillah, kami semua selamat dan meneruskan misi memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan.
“Malah kami turut menziarahi kanak-kanak yatim piatu dengan menghibur dan mengajar mereka cara-cara untuk melukis dan belajar Bahasa Inggeris.
“Rasa macam tak nak balik. Kanak-kanak itu mahu kami datang setiap hari untuk mengajar mereka,” tuturnya.
mStar

Saturday, March 9, 2013

BAGAIMANA AKHIRNYA SAYA BERTUDUNG "- NOORKUMALASARI



Profesion saya sekarang ialah pengurus rumah tangga. Dahulunya saya penghibur, artis, penyanyi, bintang filem, pelakon drama televisyen dan peragawati. Saya bersekolah di Singapura kemudian di Happy Garden, Petaling Jaya sehingga Tingkatan Lima aliran Perdagangan.
Saya mula berhijab pada usia 40 tahun. Bagi saya kehidupan sebenarnya bermula pada usia 40 tahun. Saya sentiasa bertudung walaupun di dapur! Inilah yang sebenarnya, bukan lakonan lagi. Sungguh menakjubkan bagaimana kita dapat ketenangan hanya dengan mematuhi perintah Tuhan. Tidak perlu berdalih-dalih lagi.
Faktor yang mempengaruhi keputusan saya supaya bertudung ialah sebuah hadis yang mengatakan bagi setiap helai rambut yang terdedah kita akan diseksa selama 60 tahun di dalam neraka. Walaupun saya maklum ini hadis daif tapi ia menjadi perangsang kepada saya. Pastinya sumber yang pertama ialah daripada ayat 31 Surah An-Nur yang diterangkan oleh suami saya. Memandangkan ini perintah Tuhan, siapalah kita hendak menyangkalnya.
Suami saya menasihatkan saya supaya menetapkan tarikh untuk mula bertudung.
Katanya, “Awak tentukan bila, tapi pohonlah kepada Tuhan semoga dipanjangkan usia sehingga tarikh itu.”
Saya memilih saat pulang daripada mengerjakan haji tahun 1997. Saya bersyukur kepada Tuhan yang mengurniakan kesihatan bagi saya mengerjakan umrah pada tahun 1994 dan seterusnya haji di mana saya terpaksa meninggalkan anak keempat saya yang berusia 6 bulan. Pada masa itu, semuanya berlaku dengan pantas, ayah saya telah meninggal dunia di Mekah pada tahun sebelumnya
Oleh kerana saya dikenali sebagai seorang yang sentiasa bergaya dan seorang artis yang sentiasa berani mencuba gaya baru, tidak ramai yang mengendahkan perubahan itu. Lagipun kami mula kurang menghadiri majlis-majlis, tidak seperti sebelumnya. Jadi tidak ramai yang sedar perubahan ini.
Saya jauhi publisiti. Saya telah jalani kehidupan penuh glamour dahulu, cukuplah. Tidak perlu lagi kita mengulangi cara hidup seperti itu lagi.
Ada juga yang menganggap perubahan itu disebabkan kami baru balik daripada umrah dan itulah alasannya. Keputusan saya bertudung menerima maklum balas yang negatif, kecuali daripada suami saya. Semua yang lain menganggap saya dipaksa oleh suami saya. Jauh sama sekali!
Cara suami saya mengajar saya mengenai Islam membuat saya bertambah-tambah cinta kepada Tuhan. Jika dia memaksa saya membuat sesuatu, mungkin saya akan buat juga tetapi perasaan cinta tentu tidak ada. Sampai setahun jugalah sebelum mereka itu berhenti daripada bertanya saya, “Awak tidak ho’ah?”
Bukan sahaja saya bertudung malah saya rasa saya perlu berpakaian seperti yang dituntut Tuhan. Bajunya mestilah longgar, daripada kain berwarna suram dan tidak jarang, akhirnya muncullah fesyen yang menjadi identity saya – jubah hitam dengan tudung hitam lebar seperti yang dipakai wanita Arab. Kadangkala saya menambah lagi dengan mengenakan abaya pula. Mestilah berani untuk menjadi lain daripada yang lain. Memang dari dulu lagi saya terkenal dengan selalu berpakaian hitam. Jadi saya lakukan semua ini kerana Tuhan, di samping gembira melakukannya.
Salah satu kelebihan berpakaian begini ialah saya sentiasa siap sedia untuk ke masjid. Di mana saja saya berada, apabila terdengar seruan azan, saya terus ke masjid terdekat dan bersembahyang walaupun tidak membawa telekung. Ianya mudah sehinggakan sekarang ini saya sentiasa berwuduk.
Ada juga mereka yang ikhlas yang sukakan penampilan saya sekarang, peminat saya akan datang memeluk saya apabila ternampak saya di tempat awam. Tentulah ini tidak akan berlaku jika saya tidak berubah. Seorang ahli perniagaan memberitahu suami saya, dia merasa terharu apabila saya berkata di televisyen,
“Mujurlah Tuhan tidak mencabut nyawa saya semasa saya di kemuncak karier sebagai artis.”
Sesetangah rakan selebriti juga ada yang minta saya doakan supaya mereka juga berubah seperti saya suatu hari nanti. Insya Allah, bukan sahaja saya mendoakan mereka, saya juga menangis untuk mereka. Tidak ramai yang tahu impian-impian mereka ini. Di hati mereka, mereka juga insan yang baik.
Saya tidak menerima reaksi negatif daripada yang bukan Islam kerana mereka menghormati agama kita sebagaimana kita menghormati sami-sami Budha yang memakai jubah kuning dalam mencari kesucian.
Tidak pula begitu halnya dengan reaksi daripada semua Muslimah kita. Sesetengahnya suka menganggap mereka lebih baik daripada yang lain. Saya tidak memandang rendah kepada mereka. Saya hanya kasihan kepada mereka dan berharap Tuhan akan memberikan hidayah dan petunjuk kepada mereka supaya mereka sedar apa yang terlepas.
Saya tidak merasa kurang diterima oleh masyarakat umum berbanding wanita yang tidak bertudung. Saya boleh ke mana sahaja dengan bertudung. Tetapi mungkin juga kerana mereka mengenali saya lalu memberikan layanan yang baik. Tetapi sebenarnya personaliti di sebalik tudung itulah yang ‘berinteraksi’ dengan manusia. Tidak ada sesiapa yang menekan saya supaya bertudung, ia datang daripada desakan hati saya sendiri, bukannya tekanan luaran. Sebaliknya saya ada menerima tekanan supaya tidak bertudung, iaitu daripada pengeluar filem dan adik- beradik perempuan saya.
Jenis pakaian pilihan saya ialah jubah hitam seperti wanita Arab.
Sebelum ke Mekah saya tidak sukakan tudung. Waktu itu saya anggap cara wanita kita bertudung nampak tidak menarik. Saya tidak ingin langsung untuk bertudung. Kita mestilah selesa dengan pakaian kita, barulah timbul keyakinan diri.
Saya tidak pernah menerima apa-apa ajaran mengenai tudung daripada keluarga, sekolah dan masyarakat. Tidak ada, baik di sekolah mahupun daripada keluarga. Tidak terlintas langsung apa yang kami lakukan itu salah. Aneh, bukan? Dulu ahli keluarga saya tidak bertudung, sekarang ini ibu saya dan seorang saudara perempuan yang kadang-kadang pakai kadang-kadang tidak. Dalam keluarga betul saya yang satu ibu dan satu bapa, hanya saya seorang sahaja anak perempuan, alhamdulillah.
Apabila saya mula bertudung, saya berasa malu dan rendah diri, kedua-duanya sifat mulia dalam Islam.
Akibat keputusan saya bertudung tidak ada sesiapa yang mahu menawarkan saya kontrak berlakon melainkan saya buka tudung ‘hanya di depan kamera’. Saya dapat menolaknya kerana Tuhan.
Tudung memberikan kesan yang besar dalam kehidupan seharian saya di rumah, di tempat kerja dan persekitaran. Ia menjadi sebahagian daripada diri saya, seperti kulit kedua. Ia sesuai dengan hajat saya untuk membersihkan hati daripada segala penyakit. Saya rasakan Tuhan sangat dekat daripada petunjuk-petunjuknya dan saya tidak ingin kehilangannya. Orang ramai memberikan komen mengenai tudung saya, mereka ingin tahu bagaimana saya mengikat tudung tanpa menggunakan pin. Yang muda kata, “Awak kelihatan bergaya,” yang tua kata, “Alhamdulillah” dan orang Arab ingat saya orang Arab! Saya masih mendapat perhatian, di mana mereka mahukan autograf saya.
Saya tidak merasakan perbezaan layanan pada diri saya kerana hijab, kecuali pernah dalam satu majlis, seorang lelaki Saudi nampaknya tidak selesa dengan penampilan saya kerana ia mengingatkan beliau yang dia tidak sepatutnya berada di dalam suatu majlis dengan orang-orang yang ajnabi. Ada beberapa wanita yang tidak bertudung dan beliau mulanya biasa sahaja sehinggalah saya memasuki majlis itu. Jadi, ini membuktikan yang orang lelaki akan menjaga tingkah laku mereka di hadapan wanita yang bertudung. Bagi saya tudung itu melambangkan kesucian dan kekasih Tuhan.
Apa yang saya mahu orang ramai fikirkan apabila melihat saya bertudung, hendaknya mereka melihat makhluk ciptaan Yang Maha Esa, walaupun ada yang melihat saya sebagai orang yang fanatik. Oleh kerana dulunya saya tidak bertudung, pada hari ini, saya lebih toleran kepada wanita yang tidak bertudung. Lagipun kita seharusnya mendoakan yang baik buat mereka dan tidak buruk sangka.
Bagi saya, tudung bukanlah cara kaum lelaki mengawal wanita daripada segi pergerakan dan keseksualan mereka, bahkan sebaliknya, ramai lelaki yang melarang isteri mereka daripada bertudung. Saya kasihan kepada wanita yang mendapat kesedaran lebih awal daripada suami mereka. Daripada segi keseksualan, lagi banyak sesuatu itu ditutup maka lagilah minat ingin tahu terhadapnya. Tetapi biasanya kaum lelaki tidak berani memandang wanita yang bertudung dengan cara kurang ajar kerana mereka tahu perbuatan itu memalukan kita dan bukannya disebabkan mereka tidak ingin lihat.
Dengan bertudung saya tidak merasa kurang kebebasan berbanding mereka yang tidak bertudung. Jika saya seorang pelari pecut 100 meter mungkin saya ingin berlawan dengan kaum lelaki. Tetapi saya bukan seperti itu. Saya merasa bebas hanya apabila saya dapat memenuhi semua tuntutan Tuhan. Saya tidak setuju dengan pendapat Fatima Mernissi, feminis Maghribi, yang mengatakan dengan bertudung bererti kaum wanita tidak seharusnya banyak keluar rumah.
Pada zaman Nabi Muhammad, kaum wanita bebas ke mana-mana dengan izin suami mereka. Kenyataan wanita pada zaman itu diminta supaya bertudung menunjukkan mereka bebas keluar rumah. Kaum wanita boleh keluar rumah jika ada mahram menemaninya, jika beliau pergi bekerja tanpa ditemani mahram, beliau tidak mengikut sunnah. Jika dia berdosa maka dia mestilah meminta ampun. Kaum lelaki pun melakukan dosa setiap hati. Para Orientalis suka mencemarkan pandangan terhadap Islam sehingga menjadi tidak menarik kepada kaum wanita.
Kalaulah mereka tahu hanya wanita yang bebas (merdeka) dan dihormati yang diminta bertudung sebagai tanda yang membezakan mereka daripada hamba-hamba (zaman dululah, zaman sekarang tiada hamba lagi, semua dah merdeka). Sebenarnya tudung untuk menutup tubuh adalah suatu penghormatan. Wallahua’lam.