Martin
Daubney, seorang editor majalah semi-porno terkenal di Britain, Loaded,
meluahkan rasa kesalnya kerana bertanggungjawab terhadap isi kandungan yang
berbentuk lucah sehingga mencemar minda sebuah generasi di negara itu.
Daubney
yang merupakan editor paling lama berkhidmat di majalah tersebut memulakan
kariernya sejak tahun 2002 sehingga meletakkan jawatan lapan tahun kemudiannya
– 2010.
Ketika
di awal kariernya sebagai editor majalah tersebut, dia menceritakan bagaimana tindakannya
yang berjaya melariskan penjualan majalah itu sehingga mencecah 500,000 nashkah
dalam tempoh sebulan.
“Kenapa
kita tidak menyiarkan 100 pasang buah dada, di dalam enam muka surat?
“Jadi
kami jadikan edisi istimewa majalah itu bertemakan “Kami suka buah dada”, dan
kami berjaya mempamerkan sebanyak 200 puting buah dada,” katanya yang dipetik
dari laman web dailymail.co.uk, semalam.
Dengan
strategi berkenaan, Daubney telah mencetus satu fenomena baru bagi industri
majalah di negara itu dan menyebabkannya menjadi editor kesayangan penerbit
majalah berkenaan.
Perasaan
bersalah Daubney mula dirasai pada Mei 2009 apabila dia mula bergelar seorang
bapa dan rasa tersinggung dengan jenaka rakan-rakan yang mencadangkannya untuk
menyiarkan edisi puting buah dada ibu-ibu yang menyusukan bayi.
“Saya
mula melihat wanita-wanita di dalam majalah itu bukan sebagai objek seks, tapi
sebagai anak perempuan kepada seseorang.
“Beberapa
wanita yang menayangkan buah dada di majalah itu memiliki anak di rumah dan
saya terbayang sekiranya anak-anak itu apabila tahu terfikir tentang ibu-ibu
mereka yang menggunakan buah dada untuk menyara kehidupan,” katanya lagi.
Atas
kesedaran moral yang dirasainya, Daubney kemudian meletakkan jawatan sebagai
editor majalah tersebut dan mengakui bahawa dirinya adalah antara yang
menyumbang kepada gejala pornografi yang semakin meluas di majalah serta ruang
internet.
Bagaimanapun,
kekesalannya itu dia tetap berharap agar satu tindakan yang sesuai akan diusahakan
bagi menyekat gejala pornografi tersebut sebelum ia parah dan mengundang
masalah sosial yang lebih teruk pada masa akan datang. – Mynewshub.my
No comments:
Post a Comment