Wow!!!!The paparazzi are doing a good job!!!!
Labels
- AARON (3)
- ADIRA (1)
- APEXS (2)
- DJ (1)
- EVENT (2)
- FARID KAMIL (2)
- FASHA SANDHA (1)
- IRMA HASMIE (2)
- MEMEY (1)
- MIZZ NINA (1)
- NABIL (1)
- NEELOFA (2)
- NOORKUMALASARI (1)
- RITA RUDAINI (1)
- SALIH YAKOB (1)
- SHILA AMZAH (1)
- YATT (1)
Blog Archive
-
▼
2012
(54)
-
▼
October
(16)
- Private wedding party of Prince William
- Sekitar persiapan perkahwinan Datuk Lee Chong Wei
- Aaron Aziz with Family
- Kasut Tinggi Selebriti Hollywood Yang Menyiksakan
- Editor Majalah Porno Menyesal Tak Sudah.
- Sekitar majlis pernikahan Lan A to Z dan Siti Nur Ain
- Diana Danielle Dan Farid Kamil Bertunang
- Kad Khawin Nabil & Zira...
- maiza( bekas isteri ustz akhil hai) & suami
- Malik Noor Kawin
- Mizz Nina & Noh Hujan Telah Selamat Diijabkabulkan::
- Majlis Perkahwinan Chef Riz Dan Ana Dahlia
- Majlis Persandingan Zaquan Adha Dan Ayu Raudhah
- MEMEY & NORMAN
- FOTO PRA PERKAHWINAN FASHA SANDHA DAN JEJAI TERSEBAR?
- Majlis Perkahwinan Elyana
-
▼
October
(16)
Saturday, October 27, 2012
Aaron Aziz with Family
Hero Malaya sekarang ini bukan lagi milik Shaheizy Sam ataupun Remy Ishak. Gelaran ini adalah milik Aaron Aziz. Kehebatan Aaron di dalam drama Nora Elena dan filem KL Gangster nampaknya terus melonjakkan namanya. Namun begitu, kepada yang tiba-tiba berniat nak mengorat Aaron Aziz, lupakan sahaja hasrat itu. Aaron kini sangat bahagia bersama isteri dan anak-anaknya.
Lagi beberap keping gambar keluarga bahagia Aaron Aziz dengan membaca entri ini sepenuhnya.Kasut Tinggi Selebriti Hollywood Yang Menyiksakan
Kasut
tinggi dan wanita merupakan dua perkara yang tidak dapat dipisahkan. Pemakaian
kasut tinggi dikatakan mampu menyerlahkan lagi penampilan setiap wanita dan
bisa membangkitkan lagi aura anggun dan seksi wanita sebenar. Oleh itu, tidak
hairanlah sekiranya ramai wanita rela menyiksakan diri sendiri asalkan
kelihatan cantik dan style sepanjang masa.
Berikut merupakan beberapa
jenis kasut tinggi pilihan selebriti
Victoria Beckham
Victoria
Beckham merupakan salah seorang selebriti yang gemar menggayakan kasut tinggi,
sehingga beliau dilabelkan sebagai “Queen of High Heels”. Menurut sumber,
beliau sering menggayakan kasut tinggi di acara keramaian sama ada formal
mahupun kasual. Pereka kasut kegemaran Victoria Beckham adalah Christian
Louboutin. Kasut tinggi yang digayakan oleh Victoria Beckham ini kelihatan
sungguh elegan dan menarik. Kombinasi rona hitam dan merah ini menyerlahkan
lagi penampilan beliau.
Emma Roberts
Pelakon,
model dan penyanyi Emma Robert merupakan peminat baru untuk kasut tinggi
bersifat ekstrem. Kasut daripada rona hijau, kuning dan pink ini kelihatan
sungguh unik dan menarik. Walaupun kasut tinggi ini menyiksakan si pemakai,
tetapi kombinasi ronanya yang ideal mampu memikat hati setiap wanita.
Kim Kardashian
Seperti
Victoria Beckham, Kim Kardashian juga merupakan salah seorang peminat kasut
rekaan Christian Louboutin. Kim dikatakan gemar menggayakan kasut tinggi
berupa ekstream sehingga mencecah ketinggian 5 inci untuk setiap kasut
pilihannya. Walaupun kasut ini menyiksakan kaki, demi kecantikan dan gaya yang hebat beliau
sanggup menahannya.
Jennifer Lopez
Jennifer
Lopez atau lebih mesra dipanggil J.LO telah bertahun-tahun menggayakan kasut
tinggi berupa ekstream. Kasut tinggi yang beliau gayakan ini kelihatan sungguh
unik dan menarik. Walaupun kasut ini kelihatan amat menyiksakan, tetapi ia
mampu menyerlahkan keanggunan si pemakai dengan padanan tali halus di
sekeliling pergelangan kaki.
Colleen Rooney
Isteri
kepada pemain bola sepak Wayne Rooney, iaitu Colleen Rooney merupakan
salah seorang yang menggemarkan kasut tinggi bersifat ekstream. Kasut tinggi
yang digayakan oleh Colleen ini kelihatan sungguh unik dan menarik dengan
padanan corak daripada motif kulit ular sawa. Tumitnya yang runcing dan tinggi
bisa menyerlahkan lagi gaya
seksi si pemakai
Editor Majalah Porno Menyesal Tak Sudah.
Martin
Daubney, seorang editor majalah semi-porno terkenal di Britain, Loaded,
meluahkan rasa kesalnya kerana bertanggungjawab terhadap isi kandungan yang
berbentuk lucah sehingga mencemar minda sebuah generasi di negara itu.
Daubney
yang merupakan editor paling lama berkhidmat di majalah tersebut memulakan
kariernya sejak tahun 2002 sehingga meletakkan jawatan lapan tahun kemudiannya
– 2010.
Ketika
di awal kariernya sebagai editor majalah tersebut, dia menceritakan bagaimana tindakannya
yang berjaya melariskan penjualan majalah itu sehingga mencecah 500,000 nashkah
dalam tempoh sebulan.
“Kenapa
kita tidak menyiarkan 100 pasang buah dada, di dalam enam muka surat?
“Jadi
kami jadikan edisi istimewa majalah itu bertemakan “Kami suka buah dada”, dan
kami berjaya mempamerkan sebanyak 200 puting buah dada,” katanya yang dipetik
dari laman web dailymail.co.uk, semalam.
Dengan
strategi berkenaan, Daubney telah mencetus satu fenomena baru bagi industri
majalah di negara itu dan menyebabkannya menjadi editor kesayangan penerbit
majalah berkenaan.
Perasaan
bersalah Daubney mula dirasai pada Mei 2009 apabila dia mula bergelar seorang
bapa dan rasa tersinggung dengan jenaka rakan-rakan yang mencadangkannya untuk
menyiarkan edisi puting buah dada ibu-ibu yang menyusukan bayi.
“Saya
mula melihat wanita-wanita di dalam majalah itu bukan sebagai objek seks, tapi
sebagai anak perempuan kepada seseorang.
“Beberapa
wanita yang menayangkan buah dada di majalah itu memiliki anak di rumah dan
saya terbayang sekiranya anak-anak itu apabila tahu terfikir tentang ibu-ibu
mereka yang menggunakan buah dada untuk menyara kehidupan,” katanya lagi.
Atas
kesedaran moral yang dirasainya, Daubney kemudian meletakkan jawatan sebagai
editor majalah tersebut dan mengakui bahawa dirinya adalah antara yang
menyumbang kepada gejala pornografi yang semakin meluas di majalah serta ruang
internet.
Bagaimanapun,
kekesalannya itu dia tetap berharap agar satu tindakan yang sesuai akan diusahakan
bagi menyekat gejala pornografi tersebut sebelum ia parah dan mengundang
masalah sosial yang lebih teruk pada masa akan datang. – Mynewshub.my
Saturday, October 20, 2012
Sekitar majlis pernikahan Lan A to Z dan Siti Nur Ain
Pasangan Norazlan Abdul Aziz dan
Diana Danielle Dan Farid Kamil Bertunang
Selepas tiga tahun menyulam benang cinta dan melalui suka duka pasangan berkasih, akhirnya pelakon filem Hantu Gangster, Diana Danielle dan Farid Kamil selamat mengikat tali pertunangan di kediaman aktres itu di Damansara, Petaling Jaya, kelmarin.
Pada majlis yang berlangsung sekitar jam S petang itu, Diana menerima sebentuk cincin yang disarungkan ibu Farid sebagai tanda dia sudah diikat jejaka tinggi lampai itu.
Diana yang cukup anggun mengenakan baju kurung corak songket pancawarna dengan tatarias jurusolek Chot menerima tiga dulang hantaran daripada pihak lelaki berbalas lime dulang. Antara barangan yang diberi termasuk senaskhah al-Quran, pakaian dan kasut.
Mengulas perjalanan majlis pertunangan anak tunggalnya itu, ibu Diana, Norsiah Ramli atau lebih akrab disapa Mama Norsiah berkata, dia bersyukur kerana majlis yang dirancang sejak sebulan lalu berlangsung sempurna.
“Alhamdulillah, segala-galanya berjalan lancar. Sebagai ibu tiada apa yang lebih menggembirakan selain melihat Diana bahagia.
“Mama harap pertunangan ini akan kekal sehingga ke jenjang pelamin dan Farid dapat menjaga Diana dengan baik,” kata Norsiah kepada HIP.
Ternyata pelakon berdarah kacukan Melayu -Inggeris ini bijak menyimpan rahsia majlis pertunangan hingga tiada siapa menghidunya. Mengulas perkara itu, Norsiah berkata, keputusan itu dibuat atas kehendak anak dan bakal menantunya.
“Bukan niat untuk merahsiakannya daripada sesiapa. Cuma itu kehendak Diana dan Farid yang mahu majlis dihadiri keluarga dan saudara mara terdekat. Tiada rakan artis yang diundang. Lagipun ini hanyalah majlis pertunangan saja. Jadi kami buat seringkas yang boleh,” ujarnya.
Ditanya berapa lama pertunangan diikat, Norsiah berkata, tiada tarikh ditetapkan tetapi paling lama mungkin setahun.
Bagaimanapun, sehingga malam tadi, Diana dan Farid gagal dihubungi untuk mengulas pertunangan mereka.
Sebelum ini, Diana dan Farid dikatakan putus cinta. Namun jodoh mereka ternyata kuat apabila ikatan terlerai, disambung kembali.
Berita pertunangan pasangan ini sekali gus mengesahkan desas-desus kononnya Diana dan Farid akan bertunang dalam masa terdekat. Ini berikutan cerita Farid yang juga pengarah filem V3 dan Kongsi menghadiahkan sebentuk cincin kepada buat hatinya itu, tersebar.
Bagaimanapun, ketika itu, mereka menafikan perkara berkenaan. – Berita Harian Online
Pada majlis yang berlangsung sekitar jam S petang itu, Diana menerima sebentuk cincin yang disarungkan ibu Farid sebagai tanda dia sudah diikat jejaka tinggi lampai itu.
Diana yang cukup anggun mengenakan baju kurung corak songket pancawarna dengan tatarias jurusolek Chot menerima tiga dulang hantaran daripada pihak lelaki berbalas lime dulang. Antara barangan yang diberi termasuk senaskhah al-Quran, pakaian dan kasut.
Mengulas perjalanan majlis pertunangan anak tunggalnya itu, ibu Diana, Norsiah Ramli atau lebih akrab disapa Mama Norsiah berkata, dia bersyukur kerana majlis yang dirancang sejak sebulan lalu berlangsung sempurna.
“Alhamdulillah, segala-galanya berjalan lancar. Sebagai ibu tiada apa yang lebih menggembirakan selain melihat Diana bahagia.
“Mama harap pertunangan ini akan kekal sehingga ke jenjang pelamin dan Farid dapat menjaga Diana dengan baik,” kata Norsiah kepada HIP.
Ternyata pelakon berdarah kacukan Mel
“Bukan niat untuk merahsiakannya daripada sesiapa. Cuma itu kehendak Diana dan Farid yang mahu majlis dihadiri keluarga dan saudara mara terdekat. Tiada rakan artis yang diundang. Lagipun ini hanyalah majlis pertunangan saja. Jadi kami buat seringkas yang boleh,” ujarnya.
Ditanya berapa lama pertunangan diikat, Norsiah berkata, tiada tarikh ditetapkan tetapi paling lama mungkin setahun.
Bagaimanapun, sehingga malam tadi, Diana dan Farid gagal dihubungi untuk mengulas pertunangan mereka.
Sebelum ini, Diana dan Farid dikatakan putus cinta. Namun jodoh mereka ternyata kuat apabila ikatan terlerai, disambung kembali.
Berita pertunangan pasangan ini sekali gus mengesahkan desas-desus kononnya Diana dan Farid akan bertunang dalam masa terdekat. Ini berikutan cerita Farid yang juga pengarah filem V3 dan Kongsi menghadiahkan sebentuk cincin kepada buat hatinya itu, tersebar.
Bagaimanapun, ketika itu, mereka menafikan perkara berkenaan. – Berita Harian Online
Saturday, October 13, 2012
Kad Khawin Nabil & Zira...
Kad Kahwin Nabil & Zira
Eksklusif Foto : Kad Kahwin Nabil & Zira Tampil Konsep Buku Cerita Dongeng.
Nota : OHBULAN! merupakan media online rasmi yang melaporkan perkembangan perkahwinan Nabil & Zira dengan kerjasama Festival Pengantin.
“Kad Lestari bersyukur apabila dipilih oleh pasangan Nabil & Zira sebagai pereka kreatif untuk kad kahwin yang unik ini. Apa yang unik? Kami tekankan konsep buku cerita, berkisah dongeng bagi menepati tema Wonderland sempena majlis resepsi mereka yang diadakan pada 2 Oktober nanti,” kata Jamil Ismail, pengurus Kad Lestari.
“Atas kepercayaan yang diberikan oleh Nabil & pihak Festival Pengantin, pasukan kami dengan bantuan artis karikatur, Joey berjaya menyiapkan cetakan kad termasuk perahan idea dalam masa 3 hari sahaja. Konsep buku dongeng turut dititikberatkan, contohnya muka depan memaparkan ‘edisi resepsi’ sebagai tajuk, muka belakang memaparkan doa sebagai penganti sinopsis. Selain itu, cop ISBN dan pencetak menonjolkan lagi identiti sebuah buku.”
“Kualiti cetakan amat dijaga. Setiap cetakan di-laminate dan dilekatkan pada cip keras,” jelas Jamil lagi.

Malik Noor Kawin
Malek Noor…wedding…..muke wife dia ada iras sorg ustazah yg slalu kuor kt forum perdana lah
korang ingt lisa surihani sorg jek kerr..yg manja…bini malek noor pun manja aarr
hehehehehehehehe
Subscribe to:
Posts (Atom)