Pages

Labels

Saturday, November 10, 2012

Shila Amzah bertudung::



Nampaknya di bulan Ramadhan yang mulia ini, selebriti-selebriti tempatan terutamanya wanita mencuba sehabis baik untuk menghormatinya dengan memakai tudung. Salah seorang daripadanya tak lain tak bukan ialah Shila Amzah. Serius kecomelan Shila jelas kelihatan apabila bertudung.
 
Mana tahu dengan latihan bertudung di bulan Ramadhan ini, suatu hari nanti Shila Amzah akan terbuka untuk berhijab sepenuhnya. Sama-samalah kita doakan..
Shila Amzah sudah pun mula mengenakan tudung hampir sebulan yang lalu. Melalui akaun twitter miliknya, Shila Amzah sering berkongsikan gambarnya memakai tudung. 
Melihat perkembangan positif terbaru Shila Amzah ini, ramai peminat mula mendoakan yang pelantun lagu Patah Seribu ini untuk mengekalkan imej bertudung beliau. 



Shila Amzah sendiri sebelum ini pernah menyuarakan hasrat beliau untuk kekal bertudung dan ibu serta kekasih hati, Sharnaaz Ahmad antara penyokong terkuat hasrat beliau itu.
“Siapa yang tidak mahu bertudung. Dalam jiwa mana-mana wanita sekalipun, pasti akan mempunyai impian seperti ini dan cuma menunggu masanya saja. Masanya akan sampai juga”
 
Shila Amzah yang bakal menyambut ulangtahun kelahiran ke 22 pada 13 Ogos ini juga menjawab beberapa soalan peminat di Twitter seperti mengiyakan penhijrahan beliau.
Berikut dikongsikan beberapa gambar Shila Amzah yang nampak ayu bertudung. Diharap penghijrahan ini berterusan, jangan bertudung sebab bulan puasa je. 




Gambar Shila Amzah Bertudung Di Bulan Ramadhan (9 Gambar)
Sempena bulan Ramadhan ini, ramai selebriti tempatan terutamanya wanita mencuba sehabis baik untuk menghormatinya dengan bertudung. Salah seorang daripadanya ialah penyanyi popular Shila Amzah. Kami harapkan ianya tidaklah berlaku di bulan Ramadhan sahaja, sebaliknya di bulan-bulan yang lain pun sama supaya berhijab sepenuhnya.







No comments:

Post a Comment