Akhirnya, Juara Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7), Hafiz mengaku bercinta dengan Adira(AF8). Hafiz berkata, pendedahan itu bukan untuk mendapatkan publisiti murahan sebaliknya bagi menjelaskan tanggapan serong sesetengah pihak sebelum ini yang mendakwa Adira menjalinkan cinta sejenis.
“Saya atau Adira tidak mahu kecoh-kecoh tentang hubungan kami. Malah, ketika Adira ‘diserang’ gosip yang mendakwanya menjalin hubungan songsang beberapa bulan lalu, kami mengetahui cerita yang sebenar dan masih mampu mengunci mulut.
“Hakikatnya, dia seorang gadis yang baik dan sama sekali tidak seperti yang digembar-gemburkan. “Saya berharap dengan pengakuan ini dapat membersihkan nama Adira dimata umum agar tiada pihak terus berpandangan serong padanya,” kata Hafiz.
“Memang saya menjalin hubungan dengan Hafiz sejak lima bulan yang lalu. Malah, hubungan kami diketahui oleh kedua-dua belah keluarga. Bagaimanapun, kami tidak mahu menghebohkan hal ini. Saya harap cerita ini tidak diperbesarkan dan semua pihak menghormati privasi saya,” katanya.
No comments:
Post a Comment