Pages

Labels

Friday, November 2, 2012

Penangan Cikgu Shida dari Parit



1. Sape tak kenal Cikgu Shida? Kalau tak kenal atau tak pernah dengar, sah-sah la korang ni tak mengikut perkembangan semasa. Baik dalam tv atau internet. Mesti pernah dengar punya. Takkan Cikgu Suraya aje yang korang kenal. Grrr..

2. Video-video miming Cikgu Shida ni memang sudah jadi kontroversi dan fenomena baru. Jika dulu ada fenomena Mawi AF, fenomena Nabil Raja Lawak dan fenomenan Dr. Romzey. Kini kita ada fenomena Cikgu Shida dari Parit. Serius, memang tergelak tengok video-video miming beliau.




3. Setelah disiasat, sekolah Cikgu Shid a adalah Sekolah Kebangsaan Pulau Padang. Kiranya sekolah rendah la. Bukan sekolah menengah. Sekolah beliau kat Perak dan sudah tentu rumah cikgu ni kat Perak. Jadi, tempat cikgu ni miming semua kat rumah beliau yang dikatakannya dibelakang sungai Perak. Sape orang perak? Leh la pergi melawat rumah cikgu Shida ni. Hehe..

4. Cikgu Shida pernah mendapat tawaran interview dari Kosmo, undangan dari Siti Nurhaliza, terlibat dalam rancangan FBI oleh Faizal Ismail di TV9 dan banyak keluar surat khabar. Pendek kata, dah tahap artis cikgu Shida nih. Artis-artis lain mesti jeles punya.



 5. Cikgu Shida masih single dan available . Nama penuh beliau adalah Roshida Binti Abd Aziz. Lahir pada 21 April 1972. Umur dia adalah dalam kurang 38 tahun. Erkk, aku ingat 25 tahun. Biar betul..

6. Macam-macam lagu dah jadi mangsa miming Cikgu Shida . Dari lagu Anuar Zain, Lagu Siti dan sampai lagu kalau berpacaran tu pun kena gak. Pendek cerita, ramai yang terhibur dan tak kurang juga yang menyampah.


7. Dia kreatif. Dari segi editing, make up dan segalanya dia buat sendiri. Pendek cerita, dia unik dan berbakat dalam hobi yang dia minat. Tak hairan orang hairan dan pelik tengok cikgu Shida ni. Lagipun, tak semua cikgu-cikgu sekolah yang tahu nak upload video atau buat miming kat internet.


8. Cikgu Shida ni pun ada blog . Ni link ke blog cikgu Shida. Punyalah panjang. Susah nak ingat link ni:  
http://cikshidadariparitmimingartvideos.blogspot.com/
9. Cikgu SHida pun ada akaun Facebook. Leh like kalau mahu :
Facebook Cikgu Shida




Ps: Dalam search engine Google dan Yahoo. Antara cikgu-cikgu yang terkenal dan popular dengan kata kunci “cikgu” adalah cikgu Shida. Tak sampai 2 bulan. Tapi keyword Cikgu Shida ni dah cukup kuat kat search engine. Fuhh..Takde ke Astro ker, Hotlink ke, Celcom ke nak jadikan Cikgu Shida ni sebagai jurucakap atau artis diorang? Huhu.. 

No comments:

Post a Comment