Sejak
awal tahun ini, ramai artis yang sudah mengenakan hijab.
Malah bukan golongan wanita saja yang
menjurus ke arah itu, artis lelaki turut sama menuju ke jalan yang sama.
Melihat kepada perkembangan positif itu
Ustaz Rusydi Ramli Al Jauhari telah mengilhamkan pergerakan yang dinamakan
sebagai Usrah Fitrah buat selebriti yang ingin mendalami ilmu agama.
Antara selebriti yang mengikuti program
ini adah Irma Hasmie dan Yatt Hamzah.
Irma, 30, berkata, dia terharu apabila usaha mengumpulkan golongan artis dalam mendalami ilmu agama semakin mendapat sambutan.
Irma, 30, berkata, dia terharu apabila usaha mengumpulkan golongan artis dalam mendalami ilmu agama semakin mendapat sambutan.
“Pada awalnya kumpulan ini hanya terdiri
daripada 4 orang pelakar dan 5 orang tenaga pengajar sahaja tetapi usaha murni
ini telah berkembang dan sekarang mempunyai lebih 30 orang ahli dari berbagai
bidang serta 7 orang guru.
“Ia bukan sahaja disertai oleh golongan
selebriti yang ingin mendalami ilmu agama tetapi juga mendapat perhatian
daripada individu daripada profesion lain,” katanya yang dipetik menerusi
MStarOnline, baru-baru ini.
Antara artis yang aktif lain yang bergiat
dalam Usrah Fitrah antaranya Heliza Helmi, Diana Amir, Farah Asyikin, Siti
Nordiana, Iqram Dinzly, Zoey Rahman dan Enot.
Sementara itu, Yatt memberitahu antara
guru yang mengajar mereka adalah Ustaz Azhar Idrus.
Namun dia mengaku bukan ahli PAS, tetapi
hanya menyokong perjuangan Islam.
Yatt turut menambah, Usrah Fitrah turut
mendapat pelbagai undangan daripada pihak penganjur untuk menjayakan program
yang dianjurkan mereka.
“Sebagai contoh, bulan November ini kami
(Usrah Fitrah) akan terlibat dengan Festival Hijab yang akan dijayakan
bersama-sama selebriti yang lain,” katanya.
No comments:
Post a Comment