Mendapat jolokan
Wedding of the Year, tidak hairanlah majlis perkahwinan pasangan sensasi Rozita
Che Wan dan Zain Saidin dikhabarkan mencecah hingga jutaan ringgit. Malah
pasangan ini meesahkan persiapan untuk majlis penuh makna mereka itu nanti
mencecah kos RM200,000. Lantas terpacullah persoalan dibenak ramai, banyak
betul duit Che Ta dan Zain, ya?
Tak cukup dengan
itu timbul dakwaan, demi mahukan sebuah perkahwinan yang mahal dan gah, bakal
suami isteri ini kononnya sanggup berhutang dengan bank.
“Buat pinjaman
bank? Tak ada lah. Persiapan perkahwinan dari segi barang - barang hantaran
cincin nikah dan kahwin, semua adalah duit kami sendiri”, kata Che Tah sambil
Zain, di sisinya. Pada majlis pengumuman tarikh perkahwinan mereka semalam,
diumumkan pasangan ini telah mendapat tajaan dari pelbagai pihak yang bernilai
RM13 juta (setakat ini).
“Alhamdulillah,
kami tidak pernah menyangka yang majlis kahwin kami sudi ditaja oleh banyak pihak.
Kami tidak pernah mengharapkan pun kami ditaja. Tapi kami anggap ini rezeki
kami berdua. Kami berterima kasih kepada semua pihak penaja,” ujar Che Ta.
Berikut antara
fakta menarik mengenai perkahwinan Rozita Che Wan & Zain Saidin…
-
Pasangan ini telah mengadakan sesi fotografi Jumlah kos pra
- perkahwinan di beberapa lokasi menarik di Eropah dan Bali. Kos pra -
perkahwinan mereka mencecah lebih RM30,000.
-
Sewaktu majlis malam berinai nanti turut diadakan tarian joget
lambak dan poco-poco.
-
Sebagai kelainan, dulang hantaran ditukar dengan peti. Pasangan
akan bertukar 9 peti berbalas 9. Bagi setiap satu peti akan berisi barang
hantaran & semua hantaran dianggarkan bernilai RM100,000.
-
Wang hantaran daripada Zain kepada Che Ta sebanyak RM23,200 iaitu
simbolik kepada tarikh lahir Zain Saidin sendiri.
-
Sementara untuk pembatalan air sembahyang, Che Ta bakal menerima
mas kahwin bernilai RM9,300 (simbolik tarikh lahir Che Ta) berserta sebentuk
cincin bernilai RM93,000.
-
Tambah istimewa, pihak Habib Jewels akan menaja barang kemas yang
bernilai RM10 juta. Barang - barang kemas yang direka eksklusif buat Che Ta itu
akan digayakan oleh actress tersebut pada hari persandingannya nanti.
-
Busana yang akan dipakai oleh Che Ta pada malam berinai merupakan
rekaan dari Bianco Mirmosa. Busana tersebut bernila RM55,000.
-
Baju nikah (termasuk tajaan tiara) dan kasut bernilai RM150,000,
rekaan Man Kajang.Baju persandingan pula bernilai RM100,000.
-
Majlis ijabkabul akan dihoskan oleh Ahmad Fedtri Yahya. Manakala
malam resepsi akan dihoskan oleh Datuk Mahathir Lokman.
Perkahwinan yang
akan berlangsung kurang dari 2 minggu itu telah mendapat reaksi daripada
ustazah Zawiyah yang memberi sedikit teguran mengenai perbelanjaan yang
dilakukan oleh pasangan popular itu.
“Di mana keberkatannya
sesebuah perkahwinan itu kalau sebelum kahwin, kita sudah membuat perkara yang
dilarang ALLAH termasuk dalam hal membabitkan pembaziran dan bermegah - megah
ketika mengadakan majlis,” ujar Ustazah Zawiyah Hassan.
“Itu belum lagi
dalam perkara yang seolah-olah menjadi trend sekarang bagi pasangan sebelum
berkahwin untuk kononnya bergambar pra-perkahwinan sambil berpelukan dan
berpegangan tangan,” ujar pendakwah itu lagi. Tegasnya lagi, perkahwinan
merupakan suatu ibadat, namun jika majlis meraikannya dibuat secara
besar-besaran seperti ini sehingga berlaku pembaziran, bagaimana hendak
mendapatkan keberkatan Allah S.W.T.
“Kalau nak kata
buat majlis besar sebab kepuasan diri, memang manusia ini selalunya tidak
pernah puas, cuma kalau boleh dielak, elaklah. Kita berkahwin sebab nak dapat
reda Allah dan bukan pandangan orang sekeliling terhadap majlis yang akan
dilaksanakan,” katanya. Trend majlis perkahwinan secara besar-besaran telah
menjadi satu kewajipan masyarakat kita hari ini dan ianya membimbangkan
sesetengah pihak.
Zawiyah yang juga
bekas Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti, Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berkata, sebaik-baik perkahwinan itu sederhana
belanjanya supaya mendapat rahmat dan keberkatan