SEJAK melahirkan anak sulung,
Kate Middleton dilihat sering dikelilingi kebahagiaan. Namun khabar angin pula
muncul mengatakan isteri Putera William itu mengalami tekanan perasaan yang
sangat berat.
Menurut laporan portal ShowbizSpy, Kate mengalami masalah
kemurungan selepas melahirkan George Alexander Louis dan hal tersebut membuatkan
dia kerap berasa cemas, sedih serta rasa tidak selesa.
"Kate berasa tidak tenang sejak melahirkan George dan kerana itu
suami dan keluarganya selalu ada di sampingnya," kata sumber.
Gara-gara keadaan Kate, kerajaan England terpaksa menunda beberapa
agenda yang telah dirancang selama setahun namun tidak akan menunda membawa
George mengelilingi dunia sebagai tanda pengenalan diri.
George dilahirkan pada 22 Julai lalu dan bayi berkenaan menduduki tempat
ketiga sebagai pewaris takhta kerajaan Inggeris berkenaan.