Pages

Labels

Saturday, May 10, 2014

Enot Paling Stailista Di Permaidani Merah Anugerah Lawak Warna

 
KUALA LUMPUR, 19 OGOS 2013: Pelakon komedi popular, Enot nampaknya berjaya menaikkan seri permaidani merah Anugerah Lawak Warna yang diadakan di Istana Budaya minggu lalu dengan penampilannya yang cukup mempersona.
 
Buat pertama kalinya, dia tampil dengan gaun malam sempurna gabungan hitam dan krim coklat yang sesuai dengan tubuh badannya, sekali gus membuang segala imej keanak-anakan yang pernah dibawakannya dalam beberapa majlis anugerah berprestij sebelum ini.
 
Malah turban renda yang digayakan di kepalanya itu juga tampak cukup sempurna, sepadan dengan solekan bersederhana pada malam berkenan.
 
Mungkin selepas ini, Enot perlu lebih kerap bepenampilan mempersona seumpamai ini, sebagai satu langkah meletakkan imej seorang pelawak ke tahap yang lebih baik selaras dengan objektif penganjuran anugerah berkenaan.
 
Teman rapatnya, Didie Alias juga tidak kurang hebatnya. Masih lagi dengan imej 'Lady Gaga' yang dibawakannya, namun gaun emas sendat itu berjaya menampakan kejelitaan Didie Alias dari persepsi berbeza.
 
Pelakon komedi dan pengacara popular, Zizan Razak turut menyerlah apabila dia tampil segak dengan sut baldu hitam dan rambutnya yang disisir rapi.
 
Bagaimanapun masih ramai selebriti lelaki yang tampil 'asal boleh', walhal sedar bahawa mereka sedang menghadiri sebuah majlis anugerah yang dianjurkan di dewan yang penuh berprestij seperti Istana Budaya.
 
Malam Anugerah Lawak Warna juga turut memperlihatkan beberapa jelitawan seperti Syarifah Sakinah, Linda Jasmine, Tasha Shilla, Yana Samsudin dan Jihan Musa yang nyata tidak kurang hebatnya dengan persalinan tersendiri masing-masing.
 


No comments:

Post a Comment