Pages

Labels

Saturday, May 17, 2014

Majlis Perkahwinan Fizz Fairuz & Almy Nadia


Ramai yang teruja serta rasa gembira dengan perkahwinan Fizz Fairuz dan Almy Nadia Sabtu lalu. Percintaan selama 8 tahun akhirnya berakhir di jinjang pelamin. Macam dalam filem pulak. Kalau nak buat filem pun memang menarik jalan ceritanya. Yang penting, Fizz dan Almy nampak sama cantik sama padan dan saling melengkapi di hari bahagia mereka.


Semoga Fizz dan Almy berbahagia ke akhir hayat. Semoga senyuman yang terukir itu berkekalan buat selama-lamanya.


Saya berasa lega sebab segala susah payah dan dugaan yang ditempuh selama ini berakhir dengan penyatuan perkahwinan.Syukur Alhamdulillah, sabar adalah paling kuat dalam diri saya sepanjang mengharungi pelbagai kontroversi, naik dan turun, sebelum dan selepas akhirnya kami berdua sampai ke jinjang pelamin.

Sudah lapan tahun kami menjalinkan hubungan percintaan dan tahun ini masuk tahun ke-sembilan. Doa kami ke alam baharu akhirnya membawa kenyataan. Saya juga meminta semua orang terus berdoa agar perhubungan kami berjalan dengan lancar. Selepas ini, saya dan Fizz berada di alam baharu, doa yang terbaik untuk kami.
 



Tahniah sekali lagi buat Fizz dan Almy. Semoga dikurniakan cahaya mata yang ramai untuk memeriahkan lagi perkahwinan anda. Lagi beberapa gambar

 





Saturday, May 10, 2014

Enot Paling Stailista Di Permaidani Merah Anugerah Lawak Warna

 
KUALA LUMPUR, 19 OGOS 2013: Pelakon komedi popular, Enot nampaknya berjaya menaikkan seri permaidani merah Anugerah Lawak Warna yang diadakan di Istana Budaya minggu lalu dengan penampilannya yang cukup mempersona.
 
Buat pertama kalinya, dia tampil dengan gaun malam sempurna gabungan hitam dan krim coklat yang sesuai dengan tubuh badannya, sekali gus membuang segala imej keanak-anakan yang pernah dibawakannya dalam beberapa majlis anugerah berprestij sebelum ini.
 
Malah turban renda yang digayakan di kepalanya itu juga tampak cukup sempurna, sepadan dengan solekan bersederhana pada malam berkenan.
 
Mungkin selepas ini, Enot perlu lebih kerap bepenampilan mempersona seumpamai ini, sebagai satu langkah meletakkan imej seorang pelawak ke tahap yang lebih baik selaras dengan objektif penganjuran anugerah berkenaan.
 
Teman rapatnya, Didie Alias juga tidak kurang hebatnya. Masih lagi dengan imej 'Lady Gaga' yang dibawakannya, namun gaun emas sendat itu berjaya menampakan kejelitaan Didie Alias dari persepsi berbeza.
 
Pelakon komedi dan pengacara popular, Zizan Razak turut menyerlah apabila dia tampil segak dengan sut baldu hitam dan rambutnya yang disisir rapi.
 
Bagaimanapun masih ramai selebriti lelaki yang tampil 'asal boleh', walhal sedar bahawa mereka sedang menghadiri sebuah majlis anugerah yang dianjurkan di dewan yang penuh berprestij seperti Istana Budaya.
 
Malam Anugerah Lawak Warna juga turut memperlihatkan beberapa jelitawan seperti Syarifah Sakinah, Linda Jasmine, Tasha Shilla, Yana Samsudin dan Jihan Musa yang nyata tidak kurang hebatnya dengan persalinan tersendiri masing-masing.
 


Saturday, May 3, 2014

PENDAKWAH TERKENAL PILIH ARTIS AF4, SALIMA SEBAGAI ISTERI KEDUA


Salima Kini Isteri Ustaz Syed Abd Kadir
Selamat berbahagia diucapkan kepada peserta Akademi Fantasia 4, Salima Habibi yang kini sudah bergelar isteri kepada pendakwah popular, Ustaz Syed Abd Kadir Syed Hussin Aljoofre.
Majlis pernikahan mereka berlangsung di kampung halaman Salima di Chemor, Perak, semalam.
Dalam pada itu antara harga yang perlu dibayar apabila menjadi selebriti atau seseorang yang dikenali adalah ‘perbicaraan’ terbuka oleh masyarakat.
Salima dan Ustaz Syed Abd Kadir tidak terlepas daripada hal ini.
Memandangkan ini merupakan perkahwinan kedua Ustaz Syed Abd Kadir yang sudah mempunyai tiga cahaya mata bersama isteri pertama, Sharifah Wafa’ Alhadad, beberapa pengikut Instagram Salima didapati selamba membicarakan hal ini pada komen di gambarnya.

Sebagai contoh, seperti di bawah:



Apa pun seperti mana gambar yang pernah sama-sama diposkan baik oleh Salima mahu pun Ustaz di laman Instagram masing-masing inilah perkara terbaik yang perlu dilakukan pada masa sekarang kerana hanya Allah SWT Maha Mengetahui setiap sesuatu.
 

Moga pernikahan mereka merupakan keputusan terbaik baik buat Ustaz, Salima mahu pun isteri pertama.

Barakallahulakuma wabaraka’alaikuma.. – REM RAMZI