Pages

Labels

Thursday, March 27, 2014

Cik Ta



Mendapat jolokan Wedding of the Year, tidak hairanlah majlis perkahwinan pasangan sensasi Rozita Che Wan dan Zain Saidin dikhabarkan mencecah hingga jutaan ringgit. Malah pasangan ini meesahkan persiapan untuk majlis penuh makna mereka itu nanti mencecah kos RM200,000. Lantas terpacullah persoalan dibenak ramai, banyak betul duit Che Ta dan Zain, ya?

 

Tak cukup dengan itu timbul dakwaan, demi mahukan sebuah perkahwinan yang mahal dan gah, bakal suami isteri ini kononnya sanggup berhutang dengan bank.

 

“Buat pinjaman bank? Tak ada lah. Persiapan perkahwinan dari segi barang - barang hantaran cincin nikah dan kahwin, semua adalah duit kami sendiri”, kata Che Tah sambil Zain, di sisinya. Pada majlis pengumuman tarikh perkahwinan mereka semalam, diumumkan pasangan ini telah mendapat tajaan dari pelbagai pihak yang bernilai RM13 juta (setakat ini).

 

“Alhamdulillah, kami tidak pernah menyangka yang majlis kahwin kami sudi ditaja oleh banyak pihak. Kami tidak pernah mengharapkan pun kami ditaja. Tapi kami anggap ini rezeki kami berdua. Kami berterima kasih kepada semua pihak penaja,” ujar Che Ta.

 

Berikut antara fakta menarik mengenai perkahwinan Rozita Che Wan & Zain Saidin…

 

-         Pasangan ini telah mengadakan sesi fotografi  Jumlah kos pra - perkahwinan di beberapa lokasi menarik di Eropah dan Bali. Kos pra - perkahwinan mereka mencecah lebih RM30,000.


 
 
-         Sewaktu majlis malam berinai nanti turut diadakan tarian joget lambak dan poco-poco.
-         Sebagai kelainan, dulang hantaran ditukar dengan peti. Pasangan akan bertukar 9 peti berbalas 9. Bagi setiap satu peti akan berisi barang hantaran & semua hantaran dianggarkan bernilai RM100,000.
-         Wang hantaran daripada Zain kepada Che Ta sebanyak RM23,200 iaitu simbolik kepada tarikh lahir Zain Saidin sendiri.
-         Sementara untuk pembatalan air sembahyang, Che Ta bakal menerima mas kahwin bernilai RM9,300 (simbolik tarikh lahir Che Ta) berserta sebentuk cincin bernilai RM93,000.
-         Tambah istimewa, pihak Habib Jewels akan menaja barang kemas yang bernilai RM10 juta. Barang - barang kemas yang direka eksklusif buat Che Ta itu akan digayakan oleh actress tersebut pada hari persandingannya nanti.
-         Busana yang akan dipakai oleh Che Ta pada malam berinai merupakan rekaan dari Bianco Mirmosa. Busana tersebut bernila RM55,000.
-         Baju nikah (termasuk tajaan tiara) dan kasut bernilai RM150,000, rekaan Man Kajang.Baju persandingan pula bernilai RM100,000.
-         Majlis ijabkabul akan dihoskan oleh Ahmad Fedtri Yahya. Manakala malam resepsi akan dihoskan oleh Datuk Mahathir Lokman.
 
Perkahwinan yang akan berlangsung kurang dari 2 minggu itu telah mendapat reaksi daripada ustazah Zawiyah yang memberi sedikit teguran mengenai perbelanjaan yang dilakukan oleh pasangan popular itu.
 
“Di mana keberkatannya sesebuah perkahwinan itu kalau sebelum kahwin, kita sudah membuat perkara yang dilarang ALLAH termasuk dalam hal membabitkan pembaziran dan bermegah - megah ketika mengadakan majlis,” ujar Ustazah Zawiyah Hassan.
 
“Itu belum lagi dalam perkara yang seolah-olah menjadi trend sekarang bagi pasangan sebelum berkahwin untuk kononnya bergambar pra-perkahwinan sambil berpelukan dan berpegangan tangan,” ujar pendakwah itu lagi. Tegasnya lagi, perkahwinan merupakan suatu ibadat, namun jika majlis meraikannya dibuat secara besar-besaran seperti ini sehingga berlaku pembaziran, bagaimana hendak mendapatkan keberkatan Allah S.W.T.
 
“Kalau nak kata buat majlis besar sebab kepuasan diri, memang manusia ini selalunya tidak pernah puas, cuma kalau boleh dielak, elaklah. Kita berkahwin sebab nak dapat reda Allah dan bukan pandangan orang sekeliling terhadap majlis yang akan dilaksanakan,” katanya. Trend majlis perkahwinan secara besar-besaran telah menjadi satu kewajipan masyarakat kita hari ini dan ianya membimbangkan sesetengah pihak.
 
Zawiyah yang juga bekas Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berkata, sebaik-baik perkahwinan itu sederhana belanjanya supaya mendapat rahmat dan keberkatan