Pages

Labels

Saturday, May 17, 2014

Majlis Perkahwinan Fizz Fairuz & Almy Nadia


Ramai yang teruja serta rasa gembira dengan perkahwinan Fizz Fairuz dan Almy Nadia Sabtu lalu. Percintaan selama 8 tahun akhirnya berakhir di jinjang pelamin. Macam dalam filem pulak. Kalau nak buat filem pun memang menarik jalan ceritanya. Yang penting, Fizz dan Almy nampak sama cantik sama padan dan saling melengkapi di hari bahagia mereka.


Semoga Fizz dan Almy berbahagia ke akhir hayat. Semoga senyuman yang terukir itu berkekalan buat selama-lamanya.


Saya berasa lega sebab segala susah payah dan dugaan yang ditempuh selama ini berakhir dengan penyatuan perkahwinan.Syukur Alhamdulillah, sabar adalah paling kuat dalam diri saya sepanjang mengharungi pelbagai kontroversi, naik dan turun, sebelum dan selepas akhirnya kami berdua sampai ke jinjang pelamin.

Sudah lapan tahun kami menjalinkan hubungan percintaan dan tahun ini masuk tahun ke-sembilan. Doa kami ke alam baharu akhirnya membawa kenyataan. Saya juga meminta semua orang terus berdoa agar perhubungan kami berjalan dengan lancar. Selepas ini, saya dan Fizz berada di alam baharu, doa yang terbaik untuk kami.
 



Tahniah sekali lagi buat Fizz dan Almy. Semoga dikurniakan cahaya mata yang ramai untuk memeriahkan lagi perkahwinan anda. Lagi beberapa gambar

 





Saturday, May 10, 2014

Enot Paling Stailista Di Permaidani Merah Anugerah Lawak Warna

 
KUALA LUMPUR, 19 OGOS 2013: Pelakon komedi popular, Enot nampaknya berjaya menaikkan seri permaidani merah Anugerah Lawak Warna yang diadakan di Istana Budaya minggu lalu dengan penampilannya yang cukup mempersona.
 
Buat pertama kalinya, dia tampil dengan gaun malam sempurna gabungan hitam dan krim coklat yang sesuai dengan tubuh badannya, sekali gus membuang segala imej keanak-anakan yang pernah dibawakannya dalam beberapa majlis anugerah berprestij sebelum ini.
 
Malah turban renda yang digayakan di kepalanya itu juga tampak cukup sempurna, sepadan dengan solekan bersederhana pada malam berkenan.
 
Mungkin selepas ini, Enot perlu lebih kerap bepenampilan mempersona seumpamai ini, sebagai satu langkah meletakkan imej seorang pelawak ke tahap yang lebih baik selaras dengan objektif penganjuran anugerah berkenaan.
 
Teman rapatnya, Didie Alias juga tidak kurang hebatnya. Masih lagi dengan imej 'Lady Gaga' yang dibawakannya, namun gaun emas sendat itu berjaya menampakan kejelitaan Didie Alias dari persepsi berbeza.
 
Pelakon komedi dan pengacara popular, Zizan Razak turut menyerlah apabila dia tampil segak dengan sut baldu hitam dan rambutnya yang disisir rapi.
 
Bagaimanapun masih ramai selebriti lelaki yang tampil 'asal boleh', walhal sedar bahawa mereka sedang menghadiri sebuah majlis anugerah yang dianjurkan di dewan yang penuh berprestij seperti Istana Budaya.
 
Malam Anugerah Lawak Warna juga turut memperlihatkan beberapa jelitawan seperti Syarifah Sakinah, Linda Jasmine, Tasha Shilla, Yana Samsudin dan Jihan Musa yang nyata tidak kurang hebatnya dengan persalinan tersendiri masing-masing.
 


Saturday, May 3, 2014

PENDAKWAH TERKENAL PILIH ARTIS AF4, SALIMA SEBAGAI ISTERI KEDUA


Salima Kini Isteri Ustaz Syed Abd Kadir
Selamat berbahagia diucapkan kepada peserta Akademi Fantasia 4, Salima Habibi yang kini sudah bergelar isteri kepada pendakwah popular, Ustaz Syed Abd Kadir Syed Hussin Aljoofre.
Majlis pernikahan mereka berlangsung di kampung halaman Salima di Chemor, Perak, semalam.
Dalam pada itu antara harga yang perlu dibayar apabila menjadi selebriti atau seseorang yang dikenali adalah ‘perbicaraan’ terbuka oleh masyarakat.
Salima dan Ustaz Syed Abd Kadir tidak terlepas daripada hal ini.
Memandangkan ini merupakan perkahwinan kedua Ustaz Syed Abd Kadir yang sudah mempunyai tiga cahaya mata bersama isteri pertama, Sharifah Wafa’ Alhadad, beberapa pengikut Instagram Salima didapati selamba membicarakan hal ini pada komen di gambarnya.

Sebagai contoh, seperti di bawah:



Apa pun seperti mana gambar yang pernah sama-sama diposkan baik oleh Salima mahu pun Ustaz di laman Instagram masing-masing inilah perkara terbaik yang perlu dilakukan pada masa sekarang kerana hanya Allah SWT Maha Mengetahui setiap sesuatu.
 

Moga pernikahan mereka merupakan keputusan terbaik baik buat Ustaz, Salima mahu pun isteri pertama.

Barakallahulakuma wabaraka’alaikuma.. – REM RAMZI





Saturday, April 19, 2014

GAMBAR RASMI MAJLIS RESEPSI ABBY ABADI DAN FARHAN


Gambar Rasmi Majlis Resepsi Abby Abadi Dan Farhan. Tahniah diucapkan kepada Abby dan suami kerana telah selamat melangsungkan resepsi perkahwinan pada 1 September 2013. Majlis persandingan tersebut telah diadakan di Taman Melawati, Kuala Lumpur dengan kehadiran kenalan dan keluarga terdekat. Ternyata perbezaan umur antara dua pasangan ini jelas sekali tidak menghalang kebahagian meskipun mereka Farhan jauh lebih muda dari Abby. Terdahulu, Abby dan Farhan telah selamat bernikah di Thailand pada awal bulan Julai 2013.
Gambar Rasmi Majlis Resepsi Abby Abadi Dan Farhan







Thursday, March 27, 2014

Cik Ta



Mendapat jolokan Wedding of the Year, tidak hairanlah majlis perkahwinan pasangan sensasi Rozita Che Wan dan Zain Saidin dikhabarkan mencecah hingga jutaan ringgit. Malah pasangan ini meesahkan persiapan untuk majlis penuh makna mereka itu nanti mencecah kos RM200,000. Lantas terpacullah persoalan dibenak ramai, banyak betul duit Che Ta dan Zain, ya?

 

Tak cukup dengan itu timbul dakwaan, demi mahukan sebuah perkahwinan yang mahal dan gah, bakal suami isteri ini kononnya sanggup berhutang dengan bank.

 

“Buat pinjaman bank? Tak ada lah. Persiapan perkahwinan dari segi barang - barang hantaran cincin nikah dan kahwin, semua adalah duit kami sendiri”, kata Che Tah sambil Zain, di sisinya. Pada majlis pengumuman tarikh perkahwinan mereka semalam, diumumkan pasangan ini telah mendapat tajaan dari pelbagai pihak yang bernilai RM13 juta (setakat ini).

 

“Alhamdulillah, kami tidak pernah menyangka yang majlis kahwin kami sudi ditaja oleh banyak pihak. Kami tidak pernah mengharapkan pun kami ditaja. Tapi kami anggap ini rezeki kami berdua. Kami berterima kasih kepada semua pihak penaja,” ujar Che Ta.

 

Berikut antara fakta menarik mengenai perkahwinan Rozita Che Wan & Zain Saidin…

 

-         Pasangan ini telah mengadakan sesi fotografi  Jumlah kos pra - perkahwinan di beberapa lokasi menarik di Eropah dan Bali. Kos pra - perkahwinan mereka mencecah lebih RM30,000.


 
 
-         Sewaktu majlis malam berinai nanti turut diadakan tarian joget lambak dan poco-poco.
-         Sebagai kelainan, dulang hantaran ditukar dengan peti. Pasangan akan bertukar 9 peti berbalas 9. Bagi setiap satu peti akan berisi barang hantaran & semua hantaran dianggarkan bernilai RM100,000.
-         Wang hantaran daripada Zain kepada Che Ta sebanyak RM23,200 iaitu simbolik kepada tarikh lahir Zain Saidin sendiri.
-         Sementara untuk pembatalan air sembahyang, Che Ta bakal menerima mas kahwin bernilai RM9,300 (simbolik tarikh lahir Che Ta) berserta sebentuk cincin bernilai RM93,000.
-         Tambah istimewa, pihak Habib Jewels akan menaja barang kemas yang bernilai RM10 juta. Barang - barang kemas yang direka eksklusif buat Che Ta itu akan digayakan oleh actress tersebut pada hari persandingannya nanti.
-         Busana yang akan dipakai oleh Che Ta pada malam berinai merupakan rekaan dari Bianco Mirmosa. Busana tersebut bernila RM55,000.
-         Baju nikah (termasuk tajaan tiara) dan kasut bernilai RM150,000, rekaan Man Kajang.Baju persandingan pula bernilai RM100,000.
-         Majlis ijabkabul akan dihoskan oleh Ahmad Fedtri Yahya. Manakala malam resepsi akan dihoskan oleh Datuk Mahathir Lokman.
 
Perkahwinan yang akan berlangsung kurang dari 2 minggu itu telah mendapat reaksi daripada ustazah Zawiyah yang memberi sedikit teguran mengenai perbelanjaan yang dilakukan oleh pasangan popular itu.
 
“Di mana keberkatannya sesebuah perkahwinan itu kalau sebelum kahwin, kita sudah membuat perkara yang dilarang ALLAH termasuk dalam hal membabitkan pembaziran dan bermegah - megah ketika mengadakan majlis,” ujar Ustazah Zawiyah Hassan.
 
“Itu belum lagi dalam perkara yang seolah-olah menjadi trend sekarang bagi pasangan sebelum berkahwin untuk kononnya bergambar pra-perkahwinan sambil berpelukan dan berpegangan tangan,” ujar pendakwah itu lagi. Tegasnya lagi, perkahwinan merupakan suatu ibadat, namun jika majlis meraikannya dibuat secara besar-besaran seperti ini sehingga berlaku pembaziran, bagaimana hendak mendapatkan keberkatan Allah S.W.T.
 
“Kalau nak kata buat majlis besar sebab kepuasan diri, memang manusia ini selalunya tidak pernah puas, cuma kalau boleh dielak, elaklah. Kita berkahwin sebab nak dapat reda Allah dan bukan pandangan orang sekeliling terhadap majlis yang akan dilaksanakan,” katanya. Trend majlis perkahwinan secara besar-besaran telah menjadi satu kewajipan masyarakat kita hari ini dan ianya membimbangkan sesetengah pihak.
 
Zawiyah yang juga bekas Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berkata, sebaik-baik perkahwinan itu sederhana belanjanya supaya mendapat rahmat dan keberkatan


Saturday, January 25, 2014

ADAM AF PILIH FIZA ELITE

 
 
 
Pastinya perkhabaran ini mengejutkan peminat industri hiburan tanah air.
Yela, apa taknya, sebelum ini tidak pernah mendengar sebarang gosip mengenai penyanyi yang kini sudah berhijrah, Adam AF dengan mana-mana wanita.
Tup tup dikejutkan dengan berita dia akan menikahi bekas anggota kumpulan Elite yang semakin ayu berhijab iaitu Fiza Elite, Khamis ini.
Menerusi Berita Harian, Adam menyatakan, “inilah ketentuan Allah. Inilah jodoh saya. Moga-moga kekal ke akhir hayat. InsyaAllah”.

Tahniah diucapkan buat kedua-dua bakal mempelai, semoga ikatan perkahwinan yang dibina akan berkekalan hingga ke akhir hayat.
Fiza mempunyai dua cahaya mata dari perkahwinan terdahulu manakala Adam masih bujang.