Pages

Labels

Friday, August 24, 2012

UPDATED - ENTRY #676: MAJLIS AKAD NIKAH SALIH YAKOB






Berseri abang aku ni.

Tak sempat nak upload gambar lain sebab have to rush for his sanding later.

Anyway, dua kali lafaz, Salih Yaacob sah memperisterikan Samihah Sheikh Ali, 25 tahun di Masjid Jamek Kampung Melayu Kulaijaya tepat jam 3.50 petang tadi.

Hantaran RM25,000 bersama sebentuk cincin dan mas kahwin RM23.

Keduanya dinikahkan Kadi Daerah Kulaijaya, Ustaz Haji Fahmi Samad. 

Apapun, hari ini bersejarah buat Salih. Cukuplah empat isteri mengisi hidupnya.

Tiga lagi isteri Salih ialah Norlizah Mamat, Norraha Hamat dan Norfara Wahida Sulaiman.

Wartawan yang hadir, wait, wartawan cuma aku jelah kan. Haha. Ok, bersama Harian Metro, bagaimanapun tidak dibenarkan menemuramah isteri Salih.

Malam ini jam 8.30 malam, pengantin ini akan disandingkan di sebuah hotel di bandaraya Johor Bahru.
Apapun, yang penting, masa abang Salih sampai, dia sempat turunkan ilmu pada aku. Aku pasti, gambar bawah ini akan mengakibatkan miss bini cuak besor dan tetiba aku takleh keluar malam dah. Abislah.

Aku nak balik nak sembunyikan butang baju melayu siap siap. Leceh nak beli nanti.
* * * * * * * *

Foto semasa majlis makan beradab di sebuah hotel terkemuka di Taman Abad, Johor Bahru bermula jam 8.30 malam.


"Saya bersyukur dan terima kasih kepada keluarga sebelah isteri saya, bagi pihak pak sheikh, dah boleh panggil bapak ya kerana sudi menerima.saya sebagai menahantu (lafaz Salih berlawak ketika berucap di majlis makan adab)."


Memang susah sikit nak nengok isteri baru Salih senyum tapi sekali senyum, memang harus luntur cik Salih kita. Haha. Ok, dunia memang tak adil. Aku tahu.

Apapun, bila ditanya ke mana nak pergi honeymoon, Salih jawab:

"Pergi China. Semua pergi. Kebetulan cuti sekolah."

Aku tanya: semua?

"Ya, semua isteri saya pergi sekali."

Indahnya donia.