Pages

Labels

Friday, December 28, 2012

Tasha Shila


Minggu lepas, berlangsungnya majlis pelancaran tema pakaian ‘fairy tale’ untuk Anugerah Skrin 2012. Sempena majlis ini, beberapa orang selebriti wanita iaitu Erra Fazira, Anzalna Nasir termasuklah Tasha Shilla telah memperagakan baju dari pereka fesyen masing-masing.

Namun, timbul isu tak diingini apabila baju rekaan Hazwani Osman yang diperagakan oleh Tasha Shilla dikatakan mempunyai simbol salib. Para peminat yang melihat rekaan ini mengakui bahawa pereka fesyen tidak sensitif dan ia menimbulkan ketidak-puashatian terhadap mereka.



Sebentar tadi,  berjaya menghubungi Tasha Shilla dan selebriti ini agak terkejut apabila diajukan pertanyaan mengenai simbol ‘salib’ tersebut.

‘Hah?? Memang tak perasan pun dan bagi Tasha memang tak ada apa-apa simbol pun pada baju yang diperagakan Tasha,” tegas Tasha ketika ditanya.

Ditanya samada Tasha terlepas pandang mengenai perkara ini, pantas dia menjawab, “Sebagai model, Tasha hanya peragakan baju tersebut dan bukannya terlepas pandang. Pereka fesyen juga ada ketika Tasha memakai baju itu.”

Tasha yang sangat terkejut dengan isu ini memberitahu bahawa ia tidak sepatutnya timbul dan menyerahkan pada pereka fesyen untuk menjelaskan mengenai perkara ini.

“Bagi Tasha, pemikiran sesetengah orang yang terlalu negatif dan Tasha berfikiran positif ketika memperagakan baju tersebut. Isu ini tak patut timbul dan Tasha tak mahu komen banyak-banyak,” ujar Tasha.

Pereka baju tersebut, Hazwani Osman, ketika dihubungi menjelaskan bahawa ia sememangnya bukanlah simbol salib dan tak terlintas langsung apa-apa niat untuk mereka baju seperti itu.

Hazwani menjelaskan bahawa itu cumalah tali reben yang mengikat ‘hood’ dan gaun yang dipakai Tasha pula mempunyai garis melintang merah didalam. Secara kebetulan, tali ikatan ‘hood’ menjulur kebawah dan ia cuma menghasilkan simbol ‘t’ dan bukannya salib.

“Saya memang tak ada niat langsung dan tak pernah terlintas difikiran saya mengenai simbol tersebut,” jelas Hazwani.

Ditanya adakah dia akan menukar rekaannya selepas kontroversi ini, Hazwani menjawab, “Sebagai pereka, saya memang menitikberatkan segala rekaan saya dan setiap rekaan saya, saya akan ambil respon dari orang ramai.”

Hazwani turut memberitahu bahawa dia akan lebih berhati-hati dalam rekaannya selepas ini.





Saya akan lebih berhati-hati lepas ini. Apa boleh buat, pemikiran orang lain-lain. Kalau mereka fikir negatif, maka negatif lah yang mereka nampak,” tambah Hazwani lagi.

“Saya masih berpegang kuat pada agama dan isu ini tak pernah ada dalam niat saya,” jelas Hazwani mengakhiri perbualan.


| ohbulan

##################################

Pemakaian jersi bola sepak atau sebarang pakaian yang memiliki lambang salib, jenama arak dan imej syaitan adalah haram hukumnya dan boleh menjurus kepada perbuatan syirik. 
Ini turut diakui oleh penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadot pada baru-baru ini. Beliau berkata, perkara tersebut ditegah oleh Islam dan perbuatan mengabaikan hukum yang sudah jelas boleh membawa umat Islam ke arah syirik. Beliau turut berkata, memakai baju seperti itu walau apapun alasannya menunjukkan umat Islam seolah-olah mengagung-agungkan dan memuliakan lambang agama lain. 

Pandangan beliau turut disokong oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria. Beliau berkata, perbuatan memakai baju seperti itu hanya menjurus ke arah dosa dan boleh mengakibatkan syirik kepada Allah. Jelasnya, pakaian yang mempamerkan lambang agama lain mahupun mempunyai imej syaitan dan jenama arak dilihat seperti mengangkat martabat lambang itu lebih tinggi berbanding Islam. Menurut Harussani, Islam tidak menghalang umatnya untuk berfesyen atau bersukan namun ia perlu dilakukan dalam ruang lingkup syarak seperti menutup aurat dan tidak membazir [1].

Dengan kembali bermulanya liga-liga eropah dalam sedikit masa lagi, diharap sekarang kita lebih berprihatin dalam soal ini. Janganlah terlampau bersifat taksub dalam menyokong pasukan kegemaran sehingga mengabaikan hukum halal haramnya. Saling mengingatlah antara rakan-rakan. Mudah-mudahan kita tidak terjatuh ke dalam syirik, suatu dosa yang tidak diampunkan Allah.

Saturday, December 22, 2012

Trailer “Lagenda Budak Setan 2 – Katerina” Dilancarkan



Bagi para peminat novel tulisan Ahadiat Akashah, “Lagenda Budak Setan” pasti adalah satu tajuk yang sudah biasa anda dengar, kan?
Jika pada tahun 2010, sebuah filem telah diadaptasi melalui novel pertama “Lagenda Budak Setan”, kini selepas 2 tahun, sekuel terbaru berjudul “Lagenda Budak Setan 2 – Katerina” pula bakal menemui anda di pawagam pada bulan November ini.
Dilancarkan 2 hari lepas (10 Oktober) di laman Youtube, filem sekuel ini mengisahkan tentang kehidupan Kasyah lakonan Farid Kamil selepas kematian Ayu pada episod sebelumnya. Kasyah bakal bertemu dengan Katerina lakonan Maya Karin, seorang gadis yang telah mencuri hati Kasyah. Filem ini turut dibintangi oleh Bront Palarae.
Jujur kami katakan, dulu jika anda mahu rasa ‘feeling’ bercinta, anda boleh baca novel tulisan Ahadiat Akashah. Tapi sekarang, tunggu filem sahaja. Mari kita tonton trailer rasmi “Lagenda Budak Setan 2 – Katerina” berdurasi 3.27 minit selepas ini ya!

Perkahwinan Lee Chong Wei dan Wong Mew Choo 9 November 2012



Pengumuman mengenai tarikh dan persiapan perkahwinan pasangan badminton itu diumumkan oleh adik Chong Wei, Joe Lee pada sidang akhbar di Bandar Puteri,tempoh hari
Dalam kenyataan itu Lee berkata, kira kira 2,500 tetamu dijemput dan menariknya 10 orang peminat bertuah akan menghadiri malam perkawinan pasangan itu
Terdahulu diberitakan,Chong Wei bakal menamatkan zaman bujangnya dengan bekas pemain perseorangan badminton wanita negara, Wong Mew Choo, tahun depan (2013) namun mereka telah mempercepatkan tarikh perkahwinan tersebut
Berikut adalah beberapa keping foto pra perkahwinan mereka







Orang Berkejar2 Nak Masuk Syurga.....



Sejak awal tahun ini, ramai artis yang sudah mengenakan hijab.
Malah bukan golongan wanita saja yang menjurus ke arah itu, artis lelaki turut sama menuju ke jalan yang sama.
Melihat kepada perkembangan positif itu Ustaz Rusydi Ramli Al Jauhari telah mengilhamkan pergerakan yang dinamakan sebagai Usrah Fitrah buat selebriti yang ingin mendalami ilmu agama.
Antara selebriti yang mengikuti program ini adah Irma Hasmie dan Yatt Hamzah.
Irma, 30, berkata, dia terharu apabila usaha mengumpulkan golongan artis dalam mendalami ilmu agama semakin mendapat sambutan.
“Pada awalnya kumpulan ini hanya terdiri daripada 4 orang pelakar dan 5 orang tenaga pengajar sahaja tetapi usaha murni ini telah berkembang dan sekarang mempunyai lebih 30 orang ahli dari berbagai bidang serta 7 orang guru.
“Ia bukan sahaja disertai oleh golongan selebriti yang ingin mendalami ilmu agama tetapi juga mendapat perhatian daripada individu daripada profesion lain,” katanya yang dipetik menerusi MStarOnline, baru-baru ini.
Antara artis yang aktif lain yang bergiat dalam Usrah Fitrah antaranya Heliza Helmi, Diana Amir, Farah Asyikin, Siti Nordiana, Iqram Dinzly, Zoey Rahman dan Enot.
Sementara itu, Yatt memberitahu antara guru yang mengajar mereka adalah Ustaz Azhar Idrus.
Namun dia mengaku bukan ahli PAS, tetapi hanya menyokong perjuangan Islam.
Yatt turut menambah, Usrah Fitrah turut mendapat pelbagai undangan daripada pihak penganjur untuk menjayakan program yang dianjurkan mereka.
“Sebagai contoh, bulan November ini kami (Usrah Fitrah) akan terlibat dengan Festival Hijab yang akan dijayakan bersama-sama selebriti yang lain,” katanya.

DJ nyaris jadi mangsa culik, bunuh, bakar


Julie Diana menunjukkan kecederaan yang dialaminya.



JOHOR BAHRU – Seorang penyampai (DJ) di stesen radio Best 104 di sini nyaris menjadi mangsa culik, bunuh dan bakar selepas dilarikan lebih sepuluh lelaki tidak dikenali dalam kejadian jam 1 pagi, Sabtu lalu.

Menceritakan detik-detik cemas dilaluinya, Julie Diana Omar Shariff, 34, berkata, selepas tamat bekerja pada hari itu, dia terus memandu kereta menuju ke rumah ibunya di Kampung Sungai Danga, di sini.

“Saya memandu seperti biasa di Lebuhraya Persisir Pantai dan terkejut apabila tiba-tiba datang sebuah kereta jenis Proton Iswara berwarna merah terus menuju ke depan menghalang Proton Neo yang saya naiki.

“Seorang lelaki keluar daripada kereta tersebut, sebelum kereta saya dihimpit pula di sebelah tepi oleh sebuah Kereta Wira yang juga datang secara tiba-tiba,” katanya membuka cerita.

Menurut Julie Diana, segala-galanya berlaku begitu pantas sehingga dia tergamam dan tidak mampu berbuat apa-apa.

“Salah seorang daripada lelaki tersebut membuka pintu kereta lalu mengacukan pisau Rambo ke leher saya. Dia menarik saya keluar dan memaksa menaiki keretanya.

“Sebaik sahaja saya masuk, muka saya segera diserkup dengan kain dan tangan pula diikat,” katanya kepada wartawan sewaktu ditemui di rumah keluarganya, di sini.

Diculik kerana cinta tak berbalas

Julie Diana berkata, apabila bertanya mengapa dia diperlakukan sebegitu rupa, salah seorang daripada penjenayah itu memberitahu mereka datang dari jauh selepas diarahkan seseorang untuk menculik kemudian membunuh dan membakarnya kerana cinta tidak berbalas.

“Kepala saya ligat memikirkan siapa yang dimaksudkan kerana saya memang tak ada langsung masalah percintaan, sekadar ramai peminat. Itupun kerana tugas saya sebagai penyampai radio,” katanya yang menganggarkan ada dua atau tiga lelaki turut sama berada dalam kenderaan berkenaan.

Tambah Julie Diana, menerusi walkie-talkie yang digunakan penjenayah tersebut, dia terdengar rancangan mereka untuk membawanya ke sebuah gudang di Batu Pahat untuk dibunuh.

“Berderau darah saya mendengarnya. Apatah lagi untuk membuktikan tindakan mereka serius, ibu jari dan leher saya dihiris dengan pisau Rambo sehingga luka sebagai tanda amaran,” katanya.

Menurutnya, selepas beberapa ketika, mereka berhenti di satu tempat.

“Kebetulan kain yang menutupi muka saya tersingkap sedikit, dan dari situ saya dapat lihat kami berada di kawasan tanah perkuburan Cina. Ada ramai lelaki di situ dengan bunyi kenderaan yang banyak. Saya rasa mungkin lebih daripada sepuluh lelaki. Salah seorang daripada mereka kemudiannya meminta saya menyerahkan wang, barang kemas dan kad ATM bersama nombor pin,” katanya yang terus menyerahkan apa yang diminta tanpa banyak soal.





chead: Penjenayah bagi duit RM51 untuk isi minyak

Julie Diana berkata, menyedari kawasan itu dilalui banyak kenderaan, mereka kemudian berbincang dan mengubah rancangan.

“Saya kemudian disuruh menaiki kereta saya sendiri bersama empat lelaki lain dan dibawa ke sebuah kawasan ladang berhampiran Bukit Batu, Kulaijaya. Dalam hati ketika itu, hanya ALLAH yang tahu betapa takutnya saya kerana merasakan waktu kematian hampir tiba,” ceritanya dengan tenang.

Bagaimanapun Julie Diana bernasib baik apabila sampai di lokasi dimaksudkan, keempat-empat penjenayah itu memberitahu yang mereka tidak sampai hati pula untuk membunuhnya.

“Mereka buka ikatan tangan saya, tetapi masih membiarkan muka tertutup. Mereka beritahu saya, ‘Kak, bila kami tinggalkan akak kat sini, akak tolong larikan diri, ya’,

“Mereka beri saya duit sebanyak RM51 untuk isi petrol minyak, lesen memandu dan sebotol air mineral dan terus larikan diri dengan menaiki sebuah kereta lain yang mengekori dari belakang,” katanya.

Menurutnya, sebaik sahaja penjenayah itu berlalu, tanpa berfikir panjang dia membuka kain yang menutup wajahnya dan terus memandu laju sehingga bertemu seorang pengawal keselamatan di sebuah kilang di Bukit Batu, Kulaijaya untuk meminta pertolongan.

Julie Diana berkata, dia menceritakan apa yang telah terjadi kepada pengawal keselamatan itu dan memintanya menghubungi nombor telefon pejabat.

“Saya dah tak ingat apa-apa, yang muncul di fikiran hanya nombor pejabat. Saya minta pengawal keselamatan itu hubungi rakan sekerja supaya mereka dapat maklumkan kepada keluarga,” katanya.

Pengalaman mencemaskan selama empat jam itu benar-benar memberi banyak pengajaran kepada Julie Diana.

“Saya sangat bersyukur kepada ALLAH SWT kerana tidak diapa-apakan,” katanya.

Menurutnya, dia menganggarkan kerugian yang dialami mencecah RM20,000.

Julie Diana kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Ayer Bemban, Kulaijaya dan Balai Polis Taman Impian Emas pada hari yang sama.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Dr Hashim Haron berkata, pihaknya berjaya menahan dua lelaki berusia dalam lingkungan 40-an dipercayai suspek jam 4 petang semalam.

“Kami kini sedang memburu tiga hingga lima lagi suspek yang dipercayai terlibat dengan kes ini. Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan,” katanya.

Tuesday, December 18, 2012

Baru 16 Hari Bernikah, Diana Danielle Disahkan Hamil!



Wow! baru 16 hari melangsungkan pernikahan nampaknya rezeki Diana Danielle dan Farid Kamil bertambah murah apabila Diana disahkan telah mengandung.
Berita gembira ini telah dikongsikan oleh Diana sendiri menerusi laman Twitter miliknya. Aktres jelita ini turut memuat naik sekeping foto dengan caption berbunyi “The most precious birthday present, thanks Allah SWT”
Pasangan ini telah selamat bernikah pada 3 November lalu di Hotel Flamingo, Ampang.



Sunday, December 9, 2012

ARTIS DULU-DULU PART 2

IBRAHIM PENDEK - HASNAH MOHD. AMIN
8 April 1962

MARIANI - ALIAS MOHAMAD
5 April 1963

kelassss kaki dia
SOPHIA IBRAHIM - YA'AKOB KHAMIS
1966



FAZIDAH JONED - WAN ABDUL AZIZ
1966

sweet couple
MUSTAPHA MAAROF - ROSE YATIMAH
1967





RAHMAH RAHMAT - JAAFAR AWANG
1969

Friday, November 30, 2012

Wajah Anak Sulung Zed Zaidi




Wajah Anak Sulung Zed Zaidi

Oleh: EDITORIAL MH
Tarikh: 27 Julai 2012
MH Online kongsikan wajah comel anak sulung Zed Zaidi dan isteri, Nelly Natalia yang telah dilahirkan pada awal pagi tadi di Pusat Perubatan Tropicana, Petaling Jaya.

Bayi lelaki yang diberi nama Ryan Riqry ini dilahirkan melalui teknik pembedahan dengan berat 4.32 kilogram.
Zed yang dihubungi melahirkan rasa syukur dan gembira apatah lagi isterinya bersalin di bulan Ramadan.

"Tiada kata-kata lain yang dapat digambarkan melainkan rasa syukur saya kepada Allah. Pastinya saya gembira dan dalam masa yang sama tanggungjawab saya lebih besar selepas ini," kongsinya gembira.

Zed Zaidi memilih tarikh 27 sebagai hari kelahiran anaknya kerana ia bersamaan dengan tarikh lahirnya. 

Tahniah sekali lagi MH Online ucapkan. Semoga Ryan akan membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh.

“Semua Ini Allah Yang Izinkan” – Norish Jelaskan Penyakitnya



Pagi tadi, pihak OHBULAN! telah melaporkan berita mengenai  Norish Karman yang sedang menerima rawatan ‘L5 S1 Caudal Epidural Injection’ kerana mengalami derita kekoyakan di bahagian ‘spine disc’ dan tisu.
Berhubung laporan tersebut, pihak OHBULAN! telah menghubungi Norish Karman sendiri bagi mendapatkan kesahihan berita tersebut.
Menurut Norish Karman atau lebih mesra dipanggil NK, berita tersebut adalah benar dan dia telah selamat menjalani pembedahan kecil pada Selasa lalu di salah sebuah hospital swasta.
“Sekarang ni NK dalam pemulihan dan buat masa sekarang masih lagi duduk atas kerusi roda supaya tak bagi tekanan pada tulang belakang. NK pun sedang jalani terapi selama 4 kali seminggu dalam 4 minggu ni.”
“Insyallah lepas ini takkan lumpuh dan akan boleh berlari. Cuma selama 6 minggu ni kena berhati-hati dan rajin pergi terapi. NK pun tak boleh langsung angkat barang berat. Tapi masalahnya, anak-anak sangat rapat dengan NK. Sampaikan setiap hari nak kena angkat mereka semua dari baby Haq sampai la anak yang sulung, Armany, 13 tahun” ujar NK sewaktu dihubungi menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) sebentar tadi.
Setelah menjalani pembedahan tersebut, NK akui dirinya masih lagi tidak sempat berehat. Selama lima hari berada di hospital, NK dikatakan sudah mula jalani penggambaran drama bersiri ‘Julia’ yang sedang di tayangkan di Slot Akasia TV3.
“Lima hari dekat hospital belum sempat lagi berehat. Komitmen terhadap kerja amat diutamakan. Rezeki dari Allah, semua ini juga Allah yang izinkan. Pasti juga Allah akan beri NK kekuatan untuk hadapi semua ini.”
Apabila diajukan soalan, tidakkah selepas ini NK akan berisiko untuk menghidapi penyakit yang sama? Lantas pelakon ini menjawab, “Apa yang NK lalui boleh berlaku pada sesiapa sahaja. Ini adalah disebabkan tekanan pinggang belakang. Berhati-hati dan terapi sahaja yang bolah mengelakkan diri NK dari tidak terkena penyakit macam ni.”
“Alhamdulillah, NK dah dapat mengandungkan 6 orang anak baru dapat penyakit ini. Kalau tak, mungkin payah untuk laluinya. Allah maha besar,” ujar Norish Karman panjang lebar.
Berikut merupakan beberapa foto yang dikirimkan oleh Norish Karman kepada pihak OHBULAN!

Irma & Redza










Pengantin artis dolu² part 1

NONA ASIAH - ISMAIL KASSIM
20 Ogos 1955

SALLEH GHANI - RAJA HAMIDAH
September 1955

LATIFFAH OMAR - RAHMAT ALI
15 Januari 1956

JINS SHAMSUDIN - RAHMAH RAHMAT
3 Jun 1961

muka seiras kan
AZIZ JAAFAR - NORMADIAH
1961



mcm shuib sepah & kakak isma hehehehee
M. OSMAN - AFIDA ES
1961



Saturday, November 24, 2012

Neelofa Di Sidang Akhbar Majlis Perkahwinan Mutiara Rafflesia Dari REDPhotography


Nama Neelofa melonjak naik tahun ini setelah memenangi gelaran Dewi Remaja tahun lepas. Ini boleh kita lihat melalui tawaran demi tawaran berlakon yang diterimanya dan setakat ini ada 4 buah filem lakonan Neelofa sedang menanti tayangan di pawagam. Dia juga telah menunjukkan bakat lakonan melalui beberapa drama yang ditayangkan di stesen televisyen tempatan, di samping terpilih menjadi pengacara rancangan Nona di TV3, Neelofa turut akan menulis di ruangan pojok Utusan Malaysia.


Yang terbaru, Neelofa telah hadir ke sidang akhbar Rafflesia’s Ezlynn and Adam Fahmy’s Pearl Wedding di Hotel Crowne Plaza sebentar tadi. Ia juga turut dihadiri oleh jurugambar rasmi majlis pertunangan dan perkahwinan Ezlynn sebelum ini iaitu REDPhotography yang telah mengongsikan gambar-gambar Neelofa ini, jadi kredit pada fanpage beliau. Rupanya Neelofa hadir kerana dia mereka kasut bertatahkan mutiara untuk Ezlynn di majlis perkahwinan itu nanti. Hebat tu, tambah lagi dalam portfolio yang Neelofa kini pereka kasut seperti Datuk Jimmy Choo (terima kasih
Apa pun, dah orangnya cantik, jadi petua-petua ringkas pun boleh menambah lagi kecantikannya. Lagi 3 keping gambar Neelofa dengan membaca gosip ini sepenuhnya.



Kisah Zinedine Zidane Ke Tanah Suci



Ramai pemain bola sepak beragama Islam yang mencapai puncak karier di pelbagai kumpulan Eropah. Namun kemasyhuran tidak membuat pemain bola Muslim lupa dengan agamanya. Meski mereka bertabur prestasi dan publisiti di tengah-tengah gemerlapnya budaya Eropah, namun mereka malah rindu untuk bisa dekat dengan Sang Pencipta.

Kerana itu, di tengah-tengah ketatnya jadual pertandingan tidak sedikit di antara mereka yang melakukan perjalanan ritual suci ke Makkah mahupun Madinah. Di antara pemain bola yang sudah melakukan ritual pergi haji mahupun umrah yang terungkap ke media adalah Zinedine Zidane, Franck Ribery, Nicolas Anelka, dan Hamit Altintop.

Zidane mempunyai pengalaman spiritual ke Tanah Suci. Pemain Terbaik Dunia tiga kali tersebut termasuk Muslim yang memiliki keimanan cukup mapan. Ketika divonis cedera otot dan harus mendapat rawatan dari pasukan perubatan, Zidane diperintahkan untuk berehat demi masa pemulihan. Tapi bukannya malah berbaring dan mengikuti terapi kesihatan, masa lapang itu dimanfaatkannya untuk pergi haji.

Laman maklumat haji di Arab Saudi menyebutkan, pengarah sukan Real Madrid itu melakukan ritual haji pada 29 Januari 2004, bersama isteri dan anak-anaknya. Zidane dan keluarga mendarat di Lapangan Terbang King Abdul Aziz, Jeddah, dan kemudian melanjutkan perjalanannya ke Madinah. Di sana ia disebutkan sempat melakukan ziarah ke makam Rasulullah SAW.

Kemudian pada Hari Tarwiyah yang jatuh pada 8 Zulhijjah 1424 Hijriah, legenda Real Madrid itu meneruskan perjalanannya ke Mina. Pada hari berikutnya, Zidane langsung mengikuti prosesi puncak pelaksanaan ibadah haji di Arafah dan menunaikan solat di Masjidil Haram. Sayangnya perjalanan pergi haji Zidane itu tidak didokumenkan media sehingga sedikit maklumat yang boleh digali darinya selama di Arab Saudi.

Lelaki kelahiran Marseille, Perancis, 23 Jun 1972 itu adalah legenda Les Bleus yang berasal dari keluarga pendatang Muslim keturunan Algeria. Walaupun hidup dan besar di lingkungan sekular khas Barat, sang ayah yang bernama Ismail sangat menekankan pendidikan agama kepada anak-anaknya. Zidane mempunyai tiga kakak laki-laki dan seorang adik perempuan.

Zidane berkahwin dengan penari berdarah Sepanyol, Veronica, dan dikurniakan tiga anak, yakni Anizo, Luqa, dan Theo. Di tengah kesibukannya membela kelab dan Perancis, Zidane dikenal sangat ketat dalam menjalankan kewajipan solat lima waktu. -detikislam

MEMEY








ROYAL WEDDING IN BRUNEI